fbpx
7 Platform Untuk Anda Mulakan Bisnes Secara Online

1. FACEBOOK

Merupakan antara media sosial yang paling popular di Malaysia

 

Ramai yang telah pun mempunyai akaun facebook masing-masing. Ini memberikan kelebihan kepada bisnes yang menggunakan facebook kerana potensi untuk mendapatkan customer baru adalah sangat tinggi

 

Anda dapat berkomunikasi terus dengan pelanggan anda untuk menyampaikan maklumat tentang produk dan menyebarkan kepada orang ramai dengan hanya semudah.

 

2. INSTAGRAM

INSTAGRAM dah jadi trend sekarang, jaranglah jumpa orang yang takde account instagram diera generasi Y ni.
 
 
Instagram ni berbeza sikit dengan FB, focusnya kepada GAMBAR, bukan copywriting panjang berjela.
 
 
Banyak kelebihan instagram yang boleh anda gunakan untuk tarik orang ke FB page anda.
 
 
Contohnya story Instagram, anda boleh setting terus link ke FB page. Gunakan screenshot atau video yang nak disharekan di FB page sebagai story, wajib letak arahan ‘SWIPE UP’ sebagai CTA.
 
 
Jom tngok platform seterusnya..
 

3. TWITTER

Posting di Twitter sangat berbeza dengan FB. Kalau dekat FB boleh guna copywriting yang panjang2, tapi kalau dekat twitter hanya boleh guna 140 karakter. 

 

Twitter juga adalah tempat paling mudah untuk viral kerana ia bergerak terlalu cepat dan agak sukar dikawal. Untuk mengiklankan produk dan perniagaan anda, strategi terbaik untuk melakukannya adalah melalui penggunaan hashtags #

 

Anda boleh membuat sendiri. dan perlu menggunakan hashtags yang sesuai untuk pasaran anda

4. MINISITE

MINISITE atau lebih dikenali sebagai landing page ni ada dalam banyak bentuk.
 
 
Anda boleh gunakan landing page untuk share content, menjual atau collect database. Contohnya untuk collect database, anda boleh offer something for free (People love ‘free’ things) seperti e-book atau booklet.
 
 
Prospek wajib berikan data seperti nama & email utk mendapatkan offer. Dah dapat database, anda boleh re-targetting balik. Of course ‘conversion’nya akan lebih tinggi daripada biasa.

5. WEBSITE

WEBSITE adalah tempat dimana kita letakkan profil company kita. Contohnya siapa director, tahun mula beroperasi, servis / produk yang kita provide dan banyak lagi. Senang cerita, semua info pasal company & produk kita ada dekat dalam website.
 
 
Website yang mempunyai blog, membolehkan kita menulis & berkongsi artikel berkenaan produk, aktiviti, idea dan bermacam lagi dan ia boleh menjadi lubuk duit sekira kita tahu strategi dan tekniknya.
 
 
Belajar buat website yang ‘mesra pengguna’. Baru seronok prospek scroll website kita. Dengan susun atur yang cantik, ia kan memudahkan kita menjual pelbagai barangan semua dalam satu tempat sahaja. Prospek boleh pegi ke website dan lihat semua produk yang kita jual dan mereka buat pembelian dengan mudah.
 
 
Tak perlu layan wasap setiap masa..
 
 
Berminat nak belajar buat website & blog sendiri?
 
 
Klik sini >> WEBSITE & BLOG

6. WHATSAPP

Boleh dikatakan semua orang mnggunakan WHATSAPP untuk berhubung sekarang ni. Dah tak pakai dah mesej macam dulu2. 

 

Whatsapps ni semuanya free. Contohnya kita dah ada database prospek atau customer sedia ada, kita boleh broadcast satu mesej pada semua database dalam satu masa. 

 

Dekat dalam mesej tu boleh letak link, tarik terus ke fb page atau website.

7. TELEGRAM

TELEGRAM ni hampir sama dengan whatsapp, cuma tak semua orang guna. Telegram ni ada beberapa kelebihan yang whatsapp takde.

 

Contohnya limit ahli sesuatu group adalah ‘unlimited’. Yang best nya, ahli2 yang baru masuk boleh tengok history mesej2 yang lama.

 

Dekat dalam group tu, anda boleh bagi link testimoni atau link website anda.

Sertai kami sekarang..

Perkongsian Idea, Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi Pemasaran, Quote Motivasi untuk anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.

 

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »