fbpx

Awas Scammer Online – Beringat Sebelum Terjebak

Pengetahuan tentang scammer amat-amat penting sebelum kita memulakan perniagaan online sendiri. Scams dan fraud adalah istilah-istilah yang membawa maksud penipuan yang dijalankan melalui internet.
 
Kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan penipuan
ataupun scam yang banyak dilakukan oleh penipu-penipu di internet terutama ketika tempoh pemulihan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apabila mereka akan memperhebatkan lagi skill penipuan mereka untuk mengambil kesempatan dengan pelbagai bantuan yang diberikan pihak kerajaan kepada rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19,
 
 

2 kenyataan popular yang dibuat oleh kebanyakan oleh scammer untuk mengumpan

 

 “Buat Duit Semalaman!” 

Mereka memberikan gambaran seolah- olah kita hanya perlu letakkan sejumlah wang tanpa melakukan sebarang kerja dan wang tersebut akan digandakan dalam masa yang singkat. Dalam ertikata lain Goyang kaki dan tunggu saja duit masuk.
 

 “Mulakan Perniagaan Secara Percuma, Tiada Kos Yang Terlibat!” 

 Mereka menyatakan bahawa anda tidak memerlukan sebarang kos untuk anda memulakan perniagaan internet anda.
 
 

Faktar Sebenar

 
Yang sebenarnya semua perniagaan perlukan kita untuk kerja keras dan dedikasi untuk mendapatkannya. Kebanyakan perniagaan internet akan mengambil sedikit masa dan modal pada peringkat awalnya untuk dibangunkan dan beroperasi seperti membangunkan website, sistem pengurusan pelanggan, sistem pengurusan produk dari R&D, pembuatan, pembungkusan sehinggalah ke penghantaran kepada pelanggan.
 
Malah kalau anda nak buat sendiri sistem website (do-it-yourself) atau belajar sendiri sesuatu kemahiran pun anda perlukan masa dan kadang-kala wang sekiranya anda berhasrat untuk menghadiri kursus-kursus.
 
Hanya setelah website dan system pengurusan pelanggan ini siap dibangunkan sahaja anda boleh relax dan goyang kaki kerana ia akan beroperasi secara automatic. Walaupun begitu, anda masih perlu juga memberi tumpuan masa dan peruntukan bajet operasi yang lebih kepada pemasaran, pengurusan produk jualan dan khidmat pelanggan untuk ia berkembang dan memberikan hasil seperti yang anda inginkan.
 
 
 
 JADI PASTIKAN: 
 
1. JANGAN menyertai mana-mana “skim cepat kaya” yang menjanjikan pulangan yang besar dalam masa yang singkat
 
2. JANGAN cuba e-mel atau telefon mereka untuk maklumat lanjut jika anda
mendapat emel yang meragukan seperti menang cabutan bertuah, mendapat harta
peninggalan/pusaka, mencari rakan perniagaan dan sebagainya.
 
3. BUAT sedikit penyelidiakan tentang peluang-peluang mencari duit online dengan menaip; nama program online + scam
 
4. DAPATKAN nasihat dengan mereka-mereka yang anda percaya sebelum memasuki sesuatu perniagaan atau program di internet.
 
 

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah