fbpx

Rahsia Bisnes Tudung Yang Perlu Anda Tahu

Bisnes tudung adalah salah satu bisnes yang menguntungkan. Ini kerana tudung merupakan satu keperluan pakaian yang khusus untuk wanita beragama Islam. Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih kurang 16 juta umat Islam dan separuh daripadanya adalah bertudung. Tudung adalah satu produk yang sentiasa ada permintaan. Apabila tiba musim perayaan pula , permintaan tudung akan melonjak sehingga 4 kali ganda ! Sekiranya anda mahu belajar cara memulakan bisnes tudung, jom baca lagi…..

 

 

 

sumber: utusantv

Fenomena bertudung menjadi semakin rancak apabila ramai artis berhijrah untuk turut bertudung. Ini mampu menarik minat lebih ramai wanita terutamanya remaja untuk turut mengenakan tudung. Wujudnya influencer yang mempromosikan pelbagai gaya penataan tudung dan menjadikan trend bertudung ini semakin hari semakin berkembang. Keadaan ini akan menjadi lebih rancak dan sangat berpotensi untuk dikembangkan. Ini adalah antara sebab kenapa industri ini telah berjaya melahirkan ramai jutawan senyap yang bermula hanya dari rumah.

Oleh itu, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan rahsia kejayaan Puan Madihah Mustafhah yang merupakan pengasas kepada Madihah Scarf yang cukup dikenali ramai.

Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Bisnes tudung dari rumah pun mampu berikan pendapatan sehingga RM15k!

 Melihatkan potensi perniagaan tudung ini, Puan Madihah Mustafha mengorak langkah mulakan bisnes dari kolej sahaja suatu ketika dahulu. Bermula hanya sekadar suka-suka  dengan modal RM500 sahaja , kini perniagaannya sudah berkembang maju dan mempunyai jenama tudung sendiri.

Ingin Belajar dan Tiruvasi Kejayaan Beliau? 

Apakah Rahsia Beliau Sehingga Boleh Berjaya Dalam Bisnes Tudung Jenama Sendiri Ini?

Puan Madihah Mustafhah turut berkongsi tips-tips yang dapat dipraktikkan untuk mula membuat bisnes tudung bagi menjana keuntungan yang besar. Antara tips-tips yang dikongsikan oleh beliau adalah, sebelum memulakan bisnes, kita perlu belajar dengan lebih mendalam produk yang ingin kita jual untuk tentukan sasaran pasaran. Contohnya seperti umur, citarasa, pekerjaan pelanggan dan lain-lain lagi supaya apabila kita ingin membuat iklan dan promosi, kita tidak iklankan kepada sasaran pelanggan yang salah. Selain itu, kita hendaklah sentiasa peka dengan perubahan fesyen tudung dari masa ke semasa. Perlu sentiasa keluarkan reka bentuk baharu yang mengikut trend terkini selaras dengan citarasa pelanggan, juga sesuai dengan keadaan semasa bagi memastikan produk kita tetap kekal relevan di pasaran.

 

Katanya lagi, untuk memastikan pelanggan sedia ada sentiasa setia dengan produk itu, kita juga perlu pandai melayan karenah dan permintaan mengikut selera mereka. Pastikan pelanggan sentiasa percaya dengan kualiti produk kita, kukuhkan hubungan dan kepercayaan antara kita dan juga pembeli. Tambahnya lagi, untuk melariskan lagi produk dengan cepat, cuba jual tudung secara kombo. Pastikan juga kita tetapkan visi dan misi ke arah mana hala tuju bisnes supaya kita tidak membuatnya separuh jalan, tetap kekal fokus dan tidak tersalah langkah.

 

Selain itu, untuk permulaan bisnes, jangan keluarkan produk dengan kuantiti yang banyak, cuba buat sasaran kuantiti jualan yang kita mahu. Paling penting sekali kata beliau, jangan mudah berputus asa, perlu disiplinkan waktu bekerja dan cari sesuatu yang dapat memotivasikan diri untuk kita terus majukan bisnes.

Betul ke pasaran tudung di Malaysia besar?

Anggaran Secara kasarnya terdapat 8,000,000 (8 juta) orang wanita beragama Islam di Malaysia. Dengan kata lain, potensi pelanggan anda adalah seramai 8 juta orang. Wow banyak tu…

Sekiranya diambil kiraan kasar, setiap seorang membeli sehelai tudung berharga RM20 setiap bulan, maka:

8,000,000 orang x RM20

= RM 16,000,000 sebulan

RM16,000,000 x 12 bulan = RM192,000,000 setahun

Mengikut kiraan di atas, saiz pasaran adalah lebih kurang 200 Juta setahun.  Ini telah membuktikan bahawa bakal pelanggan untuk bisnes tudung anda adalah sangat ramai.

Cuba kita lihat Fan Page Facebook jenama tudung terkenal, jumlah like untuk page yang biasa purata berjumlah lebih 100,000. Tidak mustahil terdapat Fan Page yang mencecah hampir 1 juta.

Wanita dan Tudung

Cuba kita tanya wanita sebelah kita, berapa jenis tudung yang dimiliki sekarang? Paling minimum cukup untuk seminggu pakai iaitu 7 helai seorang. Itu pun untuk orang yang duitnya kurang seperti pelajar. Kalau yang dah bekerja? Pastinya tak terkira kerana terlampau banyak. Selain itu, masyarakat non-muslim juga ada membeli shawl untuk sebagai penebat haba, fesyen dan gaya moden. Jadi jangan hairan kalau dikalangan pelanggan nanti adalah daripada non-muslim. Kuasa membeli tudung adalah lebih banyak berbanding pakaian lain. Inilah hakikat yang perlu kita ketahui.

Wanita juga membeli dengan pengaruh nafsu & emosi. Golongan ini paling mudah terpengaruh dengan kecantikan terutama fesyen-fesyen tudung yang terkini yang akan memperlihatkan mereka sebagai seorang wanita yang sentiasa up-to-date dalam pemakaian tudung. Mereka juga tidak teragak untuk membeli sesuatu koleksi tudung lebih dari sehelai untuk di mix  & match mengikut warna baju.

Satu lagi fakta yang kena anda PERLU tahu dan terima iaitu pembelian berulang untuk tudung juga sangat tinggi. Antara faktor yang merancakkan lagi pembelian ulangan apabila keluarnya design-design atau fesyen-fesyen yang terbaru setiap masa. Oleh itu,setiap kali keluaran fesyen terkini akan dibeli oleh golongan wanita yang sama. Proses pembelian ini akan sentiasa berulang dan sentiasa sahaja akan ada wanita berpusu-pusu mencari tudung baru setiap masa. Awal bulan, tengah bulan atau hujung  bulan.

Yang pasti,  peningkatan jualan sehingga 300% apabila menjelang musim perayaan. Masa yang tepat untuk bermula dan memperoleh limpahan keuntungan. Dengan ilmu betul, kesungguhan dan strategi yang terbaik anda mampu menjana wang melalui bisnes ini secara part-time atau full-time.

Potensi Untuk Pasarkan ke Seluruh Dunia Islam

Pasaran tudung juga boleh berkembang sehingga ke luar negara terutama negara majoriti Islam.

Sebagai contoh pasaran akan merebak melalui pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Ditambah pula dengan fakta ramai rakyat UK/US terutamanya telah memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Masyarakat Islam Malaysia antara yang memakai tudung dengan pelbagai gaya dan fesyen. Oleh itu, tidak mustahil negara lain akan merujuk negara kita suatu hari nanti. Jika anda antara yang terlibat dalam industri ini, tidak mustahil suatu hari nanti anda juga akan menjadi perintis dan peneraju perkembangan industri tudung di dunia.

Kos Rendah, dan Kurang Risiko

Perniagaan tudung antara yang senang, mudah dan cepat untuk bermula menjana pendapatan.  Anda boleh bermula dengan menjana sumber pendapatan sampingan untuk peringkat awal dan mengembangkan bisnes ini secara berperingkat-peringat bersesuaian dengan pengalaman dan modal yang telah anda kumpul.

Anda boleh pilih untuk bermula mengikut kemahiran yang ada. Jika anda jenis peramah, anda boleh mulakan dengan market offline. Kebanyakan orang akan beli bukan disebabkan produk anda, tetapi disebabkan keramahan atau untuk support bisnes anda. Kalau anda jenis pemalu / tidak suka bercakap atau lebih gemar gunakan komputer atau internet, maka anda boleh mulakan bisnes secara online. Ramai telah berjaya sama ada menggunakan strategi offline atau online. Anda perlu pilih mana satu yang sesuai untuk anda. Jika anda mahir kedua-duanya lagi bagus!

Industri tudung juga mempunyai peluang yang terbentang luas dan berpotensi tinggi jika anda melibatkan diri dengan keyakinan, visi yang jelas dan tindakan yang terbukti boleh berjaya menjadi TAIKUN BISNES TUDUNG seperti yang dikongsikan oleh Puan Madihah Mustafha.

 

Kesimpulan

Bisnes tudung adalah produk yang sentiasa ada permintaan di pasaran. Walaupun bukan pada musim perayaan, permintaan untuk tudung sentiasa ada sepanjang waktu. Tambahan lagi, ketika musim perayaan, permintaan tudung akan melonjak tinggi berbanding pada hari kebiasaan. Justeru itu, potensi untuk anda memiliki pendapatan yang lumayan dan sentiasa ada adalah sangat tinggi.  Selain itu, kelebihan terbesar apabila anda melakukan bisnes ini adalah, ianya boleh terus dilakukan di rumah. Memandangkan tudung adalah kategori produk yang tidak ada tarikh luput, anda boleh menyimpannya tanpa rasa risau akan kerosakannya.

Semoga dengan tips-tips yang telah dinyatakan dan dikongsikan ini dapat membantu anda untuk memulakan bisnes anda sendiri dari rumah.

Eh… Sekejap..ada tambahan sikit..

Mahu mulakan bisnes dari rumah tapi tak minat nak buat bisnes tudung? Takde idea nak buat bisnes apa?

Jangan risau, klik je pautan di bawah untuk idea-idea home bisnes yang lain dan belajar cara memulakan perniagaan sendiri mengikut minat anda


Koleksi Panduan Home Bisnes

 

Untuk info, semua Pembelian E-Book dan Kursus Bisnes Online  melalui link dari website HomeBiz.My ini akan layak mendapat promosi bisnes percuma dari kami. Ini adalah sebagai tanda sokongan  untuk anda memulakan bisnes anda dari rumah. Selepas anda membuat sebarang pembelian produk menggunakan link di Website ini, jangan lupa hubungi Admin HomeBiz.My semula tau!

 

Andaikata kalau berminat untuk ada kedai online, kami ada pakej istimewa untuk anda! Sistem E-commerce di Whatsapp lengkap dengan pembayaran online dan integrasi courier. Anda tak perlu lagi layan customer 24jam..Tau-tau order masuk je..

 

Klik sini >> Bina Kedai Online DI WhatsApp

Ingin belajar cara buat website?

Klik sini >> https://homebizonline.my

 

Kalau masih keliru dan perlukan bantuan lanjut  tekan saja butang whatsapp yang ada di sebelah kanan ini.. >>>

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah