fbpx

5 Rahsia Cara Buat Duit Dengan Menulis

Tidak dapat dinafikan, sekarang adalah zaman di mana kita tidak dapat lari daripada wang. Semuanya memerlukan wang. Lebih parah, harga barangan semuanya melambung, membuatkan kita tidak boleh lagi sekadar berharap pada wang gaji semata-mata.

 

Betul tak?

 

Jadi, kalau anda tercari-cari lubuk atau idea untuk membuat ‘side income’, apa kata anda mulakan sebagai penulis? Ataupun freelance writer, atau lebih juga dikenali sebagai ghostwriter. Kenapa penulis? Kerana dengan menjadi penulis, anda tak perlu:

 

  • Keluarkan modal.
  • Keluar dari rumah.

Ya, anda boleh terus menjadi penulis hanya dari rumah dan tanpa perlu keluarkan sebarang modal.

 

“Tapi, ada ke orang yang nak ambik upah menulis ni?”

 

Ada!

 

Terlalu ramai pihak di luar sana yang tercari-cari penulis. Ada yang mencari penulis untuk buku mereka, untuk website, untuk laporan, untuk surat, untuk media sosial, dan bermacam-macam lagi.

 

Kalau anda mampu untuk menulis, maka mengapa tidak untuk anda gunakan untuk mengambil upah dan buat duit sebagai freelance writer?

 

Di sini, kami kongsikan cara untuk anda buat duit dengan hanya menulis:

 

1. Buat Duit Dengan Menjadi Penulis Artikel

Mari kita mulakan cara buat duit dengan menulis yang paling mudah, iaitu menulis artikel bagi pihak klien.

 

Kenapa kami katakan ini paling mudah? Kerana menulis artikel tidak memerlukan anda memerah kudrat, tenaga dan kreativiti yang terlalu tinggi. Namun pastilah ianya juga bergantung dengan artikel apa yang anda perlu tulis.

 

Namun, jika anda menulis artikel, dan artikel itu anda ada ambil sumbernya, janganlah lupa untuk meletakkan sumber itu pada bahagian rujukan ya.

Buat Duit Dengan Menulis

2. Menjadi Admin Page

Sekarang ini, ramai yang mencari admin untuk menjaga page masing-masing. Mengapa? Kerana page perlu aktif. Bukan sekadar ada content, malah perlu juga membalas dan menjawab komen.

 

Menjadi admin page ini juga agak mudah sebenarnya, cumanya ianya memerlukan komitmen. Itu saja. Ala, lagipun memang kebanyakan masa kita lebih terisi dengan melayari media sosial, kan? Jadi alang-alang tu, bolehlah buat duit tepi sekali. Betul tak?

3. Menulis Copywriting

Menulis copywriting lebih mencabar berbanding menulis artikel, walaupun menulis copywriting itu jauh lebih pendek dan ringkas berbanding menulis artikel. Kenapa? Kerana tulisan copywriting kita perlu memberi kesan dan mampu membuatkan pembaca membaca, seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk ikut kehendak tulisan kita. Sebab itulah caj yang dikenakan untuk menulis copywriting jauh lebih tinggi berbanding menulis artikel.

Walaupun agak sukar, namun kita boleh mengasah penulisan kita untuk menjadi seorang penulis yang hebat dalam menulis copywriting. Caranya? Banyakkan membaca terutamanya berkaitan copywriting serta teruskan menulis.

 

Tahukah anda, penulis copywriting ni memang sangat-sangat di cari sekarang dan demandnya agak tinggi. Terutama oleh pemilik-pemilik bisnes. Semakin power copywriting anda, semakin tinggi bayaran yang anda boleh letakkan.

 

Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu dan cara menulis copywriting ni. Boleh klik dan dapatkan panduan di bawah ini. 

4. Menulis Landing Page

Menulis landing page hampir sama seperti menulis copywriting, cumanya landing page ini jauh lebih panjang. Tidak hairanlah caj yang dikenakan juga lebih tinggi berbanding upah menulis copywriting.

 

Sama seperti copywriting, menulis landing page juga memerlukan anda memahami kehendak pembaca dengan lebih mendalam. Barulah tulisan anda memberikan impak yang lebih besar kepada pembaca, seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk membaca tulisan anda sehingga habis.

 

Biasanya landing page perlu diletakkan beberapa gambar. Jika anda diminta oleh klien anda untuk meletak gambar, anda boleh letakkan caj yang lebih tinggi lagi.

buat duit dengan menulis

5. Menulis Ebook Atau Buku

Antara tahap paling tinggi menjadi penulis adalah dengan menulis ebook atau buku. Mungkin anda boleh mulakan dengan menulis ebook terlebih dahulu. Tapi jika anda mendapat peluang untuk menulis buku, mengapa anda perlu menolak, bukan?

 

Ramai pihak di luar sana terutamanya usahawan yang mahu memiliki ebook sendiri untuk meningkatkan ‘personal branding’ mereka, namun mereka tiada masa untuk menulisnya. Lalu, siapa yang boleh menulis kalau bukan anda?

 

Samalah juga dengan tokoh-tokoh yang punyai nama yang gah dan besar di luar sana. Mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menulis. Lalu siapa yang boleh menulis buku mereka kalau bukan penulis upahan seperti anda.

Cara Buat Duit Sebagai Penulis Freelancer

Peluang Yang Sangat Terbuka Luas

Sekarang anda sudah nampak bukan, betapa terbuka luasnya untuk anda buat duit dengan menulis hanya dari rumah, tanpa perlu keluarkan sebarang modal kewangan!

Tapi mungkin anda terfikir:

  • Macam mana nak dapatkan klien?
  • Macam mana nak upgrade diri tulis copywriting yang hebat?
  • Macam mana nak tulis buku untuk tokoh-tokoh ni?
  • Macam mana nak tulis buku sendiri dan buku tu terjual di kedai-kedai buku?

Nah, jangan bimbang. Jawapan pada soalan-soalan ini akan dedahkan satu persatu secara terperinci di sini

Panduan Buat Duit Sebagai Penulis

Anda boleh tiru langkah demi langkah yang diberikan, siap ada templete untuk anda copy paste.

Jadi apa lagi, peluang menjadi penulis kini telah terbuka di depan mata. Tiru saja langkah yang telah pun bentangkan untuk anda.

Apa lagi, jemput buat duit dengan hanya menulis dari rumah, di sini 

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah