fbpx

Panduan Cara Berniaga Di Shopee

Anda mencari panduan dan cara berniaga di shopee? Pada era digital ini, sesiapa sahaja boleh menceburi dunia perniagaan dengan menggunakan platform teknologi. Pandemik Covid 19 telah membuka mata ramai peniaga tentang kelebihan bisnes online dan ramai telahpun mula menerokai peluang perniagaan secara atas talian. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat bisnes.

 

Antara platform yang paling popular dalam kalangan peniaga ialah Shopee. Shopee merupakan salah sebuah medan e-commerce yang menyediakan aktiviti jual beli antara penjual (seller) dan pembeli. Sesiapa pun boleh membuat perniagaan yang menguntungkan dan menjual di shopee tanpa mengeluarkan sebarang modal. Kebelakangan ini, trafik pengguna  Shopee telah pun meningkat dari 20 juta pengguna kepada 50 juta.

 

Jom dengar penerangan dari Coach Zul dan Master Noorul berkenaan cara berniaga di shopee. Untuk pengetahuan anda, mereka berdua merupakan jurulatih dan motivator untuk usahawan yang ingin memulakan bisnes di Shoppe.  Ramai telahpun berjaya dalam bisnes Shopee hasil dari tunjuk ajar mereka.  

Shopee sebuah marketplace untuk berjual beli. Anda boleh membuka kedai online anda secara percuma dan boleh mula menjual pelbagai produk anda di shopee. Dengan langkah yang betul anda boleh menjana pendapatan yang berlipat kali ganda hanya dengan bekerja di rumah sahaja. 

Mulakan Bisnes Pertama Anda Sekarang Dengan Menjual Di Shopee.

Membina Kedai Online di Shopee

Sebenarnya ia amat mudah untuk memulakan bisnes menggunakan platform Shopee. Peniaga atau lebih dikenali sebagai seller perlu mencipta akaun Shopee, membina kedai dan kemudian perlu senaraikan produk yang ingin dijual. Untuk pengetahuan anda, Shopee turut menyediakan sebanyak 21 fungsi yang boleh digunakan oleh peniaga sebagai strategi untuk meningkatkan hasil jualan. Yang menarik ialah, 19 daripada 21 strategi ditawarkan adalah percuma.

Kelebihan Preferred Seller

Matlamat utama seller di Shopee ialah untuk memperoleh kelebihan “Preferred Seller” daripada Shopee. Preferred seller merupakan kelebihan diberikan  kepada peniaga yang berjaya mencapai kriteria ditetapkan. Kedai sebegini dianggap boleh dipercayai dan diiktiraf oleh Shopee, memiliki rating tinggi serta reputasi baik dalam kalangan pelanggan.

 

Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh seller untuk mendapat kelebihan ini ialah berjaya memperoleh sekurang- kurangnya 75 tempahan daripada pelanggan serta mendapat minima 35 orang pelanggan yang berlainan setiap bulan. Selain itu, kedai tersebut perlu mendapat rating melebihi 85% dan tidak memiliki sebarang penalti. Peniaga akan dikenakan satu penalti jika membatalkan penempahan daripada pelanggan sebanyak 4 kali. Oleh sebab itu, dinasihatkann agar peniaga menutup kedai, sekiranya pergi bercuti ke mana- mana atau ingin berehat sementera.

 

Peniaga Shopee turut perlu memastikan mereka mempunyai stok sedia ada. Pre-order hanya sesuai kepada beberapa produk sahaja dan biasanya tidak boleh digunakan melebihi 5% jika ingin mendapatkan kelebihan preferred seller.

Strategi Harga Produk

Bagi aspek harga, peniaga dinasihatkan agar meletakkan harga tinggi yang sesuai dan setaraf dengan kualiti dan nilai produk dijual. Kesilapan besar yang selalu dilakukan oleh seller ialah meletakkan harga barangan yang rendah. Sebenarnya, shopee memiliki fungsi seperti diskaun dalam marketing tools mereka. Dengan fungsi ini, peniaga boleh  mengenakan diskaun bagi produk mereka sebagai strategi pemasaran selepas membuka kedai. Biasanya, pembeli lebih tertarik kepada kedai yang menawarkan diskaun. Semakin banyak nilai diskaun, semakin teruja pelanggan untuk membeli. Inilah sebabnya anda lihat ramai peniaga suka  menawarkan diskaun dan promosi di Shoppe. Oleh sebab itu, peniaga dinasihatkan untuk meletakkan harga barang mengikut margin yang betul. 

Teknik Menjual Produk Di Shopee

Peniaga disarankan untuk membina kedai mereka dengan menawarkan pelabagai produk berlainan seperti kedai 7-Eleven. Elemen ini bertujuan untuk menjadikan kedai online lebih menarik dan bervariasi. Pastikan peniaga memberikan nama umum bagi kedai mereka jika bercadang menjual lebih daripada satu jenis produk. Peniaga boleh meletakkan produk mereka mengikut beberapa kategori untuk lebih sistematik.

Caj Bayaran Yang Di Kenakan Oleh Shopee

Platform shopee adalah percuma untuk digunakan dan peniaga hanya akan dikenakan caj sebanyak 2.12% bagi setiap pembelian produk oleh pelanggan.

 

Selain itu, peniaga juga boleh dikenakan caj tambahan jika mereka ingin terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Shopee seperti program cashback dan coin. Caj ini dikenakan sebagai bayaran untuk menggunakan perkidmatan tersebut. Peniaga akan dicaj sebanyak 3% oleh pihak Shopee jika ingin menggunakan servis penghantaran percuma kepada pelanggan, dan 5% bagi coins dan cashback. Jika menginginkan kedua- dua servis ini, maka seller akan dikenakan caj sebanyak 6%.

Tawaran Hadiah Kepada Pelanggan

Tips lain yang boleh digunakan oleh peniaga bisnes Shopee ialah memberikan hadiah dalam bentuk voucher atau coins kepada pelanggan yang ulang pembelian (repeat order) sebagai tanda penghargaan. Biasanya, voucher dan coins ini boleh digunakan oleh pelangan untuk membeli produk. Sebagai contoh, dengan 6 coins shopee yang dikumpul, pelanggan boleh memperoleh barangan percuma. Semua inisiatif ini boleh diaplikasikan bagi menarik pelanggan baru untuk mencuba produk serta menggalakkan pelangan lama untuk mengulang pembelian (repeat order).

Komen Dan Rating

Komen serta rating yang diberikan oleh pelanggan amat penting kerana ia boleh memberi impak kepada imej dan reputasi peniaga. Pelanggan yang berpuas hati dengan produk, pembungkusan serta komitment yang ditunjukkan oleh peniaga bagi memastikan barangan dihantar sempurna masa penghantaran akan memberikan komen positif serta rating yang tinggi.

 

Antara tip penting untuk memastikan produk dapat dihantar dengan cepat dan selamat ialah peniaga boleh menggunakan bungkus gelembung (bubble wrap) dan melekatkan label “ fragile” bagi barangan kaca atau produk yang mudah patah. Ambil gambar semua barangan yang telah dibungkus tersebut sebagai bukti dan update pelanggan sebelum dihantar ke syarikat courieer. Ini bagi mengelakkan masalah barang dan bungkusan tersebut rosak dalam proses penghantaran. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan proses barangan dipulangkan semula oleh pelanggan akibat barangan rosak yang mana ini akan menjejaskan reputasi kedai peniaga di shopee.

Pemasaran Produk

Secara umum, terdapat tiga jenis pemasaran yang boleh dilakukan bagi memastikan kedai peniaga mudah dilihat oleh pelanggan. Pihak Shopee akan memberikan data berkaitan kata kunci untuk peniaga pilih untuk disetkan di produk dan kedai mereka. Cara kedua ialah penemuan (discovery), di mana pelanggan sendiri akan menemui produk yang disenaraikan oleh Shopee. Manakala, kaedah terakhir ialah menggunakan fungsi Shopee ads. Shopee ads digunakan khas untuk mempromosikan kedai bisnes peniaga. Pihak Shopee akan mengiklankan kedai tersebut kepada pelanggan dan pelawat Shopee. Peniaga yang berminat boleh membayar untuk mendapatkan kelebihan ini. 

 

Platform shopee menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti alat pemasaran (marketing tools) untuk peniaga bagi meningkatkan hasil jualan. Ciri- ciri istimewa seperti marketing seller, diskaun, ads on dan shopee live boleh diaplikasikan oleh peniaga untuk bisnes mereka. Peniaga boleh membuat live bagi mempromosikan produk mereka. Yang menarik ialah, mereka turut boleh memberikan voucher dan coins secara terus kepada pelanggan terpilih semasa sesi live. Untuk itu, peniaga perlu membeli coins daripada Shoppe sebelum memberikan kepada pelanggan. 20,000 coins hanya berjumlah RM 20 sahaja.

Fungsi Boost Now

Peniaga  boleh menggunakan fungsi “boost now” pada produk yang ingin dipromosikan. Fungsi ini percuma untuk digunakan dan dengan menggunakan fungsi ini, produk peniaga akan terpapar lebih banyak kali di portal carian pelanggan. Fungsi ini terhad kepada empat jam sahaja dan peniaga boleh menggunakan boost now pada 5 item secara serentak.

Perkhidmatan Kurier

Dari segi penghantaran barangan, terdapat dua jenis servis kurier yang boleh digunakan iaitu logistik

  1. Disokong dan diiktiraf oleh Shoppe seperti pos laju
  2. Kurier urus sendiri.

Salah satu kelebihan menggunakan perkhidmatan kurier diiktiraf oleh Shopee ialah peniaga boleh menuntut balik duit bayaran daripada kurier sekiranya barangan hilang dalam perjalanan. Biasanya, pihak Shopee akan memulangkan duit bayaran balik kepada pelanggan dan peniaga perlu memberikan consignment note dan bukti penghantaran barang kepada  Shopee. Kemudian, seller perlu mengisi borang yang diberikan oleh pihak Shopee bagi menuntut duit dari servis kurier. Untuk makluman anda, peniaga mungkin tidak akan memperoleh 100% duit bayaran balik daripada kurier dan perkara ini bergantung pada harga barang dihantar.

 

 

Mulakan Bisnes Anda Di Shopee Hari Ini

Secara kesimpulan, setiap orang digalakkan untuk belajar cara berniaga di shopee. Mulakan perniagaan pertama anda di platform ini kerana ia mudah dan hanya menggunakan modal yang rendah. Ia boleh dilakukan secara sepenuh masa atau secara sambilan. Rugi jika tidak memanfaatkan peluang yang telah tersedia ini.

 

Setelah anda mendapat serba sikit ilmu pengetahuan tentang cara berniaga di shopee, anda boleh mulakan sekarang. Sekiranya anda perlukan panduan langkah demi langkah cara untuk set up kedai shopee dan pelbagai tip-tip untuk menjadi menjadi Preferred Seller dengan cepat boleh klik link di bawah.

 

https://homebiz.my/PanduanBizShopee

https://homebiz.my/PanduanBizShopee

https://homebiz.my/PanduanBizShopee

Eh… Sekejap..ada tambahan sikit..

Mahu mulakan bisnes dari rumah tapi tak minat nak buat bisnes di shopee? Takde idea nak buat bisnes apa? Jangan risau, klik je pautan di bawah untuk idea-idea home bisnes yang lain dan belajar cara memulakan perniagaan sendiri mengikut minat anda 

Untuk info, semua Pembelian E-Book dan Kursus Bisnes Online  melalui link dari website HomeBiz.My ini akan layak mendapat promosi bisnes percuma dari kami. Ini adalah sebagai tanda sokongan  untuk anda memulakan bisnes anda dari rumah.

 

Selepas anda membuat sebarang pembelian produk menggunakan link di Website ini, jangan lupa hubungi Admin HomeBiz.My semula tau!

 

Andaikata kalau berminat untuk ada kedai online, kami ada pakej istimewa untuk anda! Sistem E-commerce di Whatsapp lengkap dengan pembayaran online dan integrasi courier. Anda tak perlu lagi layan customer 24jam..Tau-tau order masuk je..

Klik sini >> Bina Kedai Online DI WhatsApp

 

Ingin belajar cara buat website sendiri? Boleh layari https://homebizonline.my

 

Kalau masih keliru dan perlukan bantuan lanjut  tekan saja butang whatsapp yang ada di sebelah kanan ini.. >>>

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah