Bisnes tudung adalah salah satu bisnes yang menguntungkan. Antara keistimewaannya termasuk
1. Potensi Pasaran Malaysia Yang Besar
Tudung merupakan satu keperluan pakaian yang khusus untuk wanita beragama Islam. Banci Malaysia 2020, dianggarkan terdapat lebih kurang 15.4 juta wanita di Malaysia dan dianggarkan hampir separuh daripadanya adalah bertudung. Inilah sebabnya tudung sentiasa ada permintaan. Apabila tiba musim perayaan pula , permintaan tudung akan melonjak sehingga 4 kali ganda !
2. Potensi Untuk Pasarkan ke Seluruh Dunia Islam
Pasaran tudung juga boleh berkembang sehingga ke luar negara terutama negara majoriti Islam melalui pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara
3. Kos Rendah, dan Kurang Risiko
Perniagaan tudung antara yang senang, mudah dan cepat untuk bermula menjana pendapatan. Anda boleh bermula hanya dari rumah dengan menjana sumber pendapatan sampingan untuk peringkat awal dan mengembangkan bisnes ini secara berperingkat-peringat bersesuaian dengan pengalaman dan modal yang telah anda kumpul.
4. Boleh Mula Bisnes Walaupun Tak Pandai Menjahit
Sekiranya anda pandai menjahit, ia merupakan satu kelebihan. Tetapi walaupun anda tidak pandai menjahit, anda boleh mulakan bisnes tudung. Apa yang anda perlu tahu adalah cara dan lubuk pembekal untuk anda mendapatkan produk tudung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
5. Boleh Cipta Jenama Sendiri
Teringin mempunyai produk berjenama sendiri? Dengan bisnes tudung anda boleh. Walaupun bermula dari rumah, tanpa memiliki kilang atau pekerja pun anda boleh mencipta tudung jenama anda sendiri. Dengan jenama tudung sendiri anda bebas untuk menentukan rekaan tudung, margin keuntungan dan sebagainya. Sekiranya perniagaan anda telah berkembang, anda boleh mengupah tukang jahit atau membuat tempahan di kilang pembekal tudung untuk pengeluaran secara pukal.
Baca Lagi Tips Bisnes Tudung Jenama Sendiri...
Tips Memilih Tudung Ikut Warna Kulit
Pening nak pilih warna tudung sama ada untuk dipakai sendiri atau untuk koleksi jualan? Baca sini tip untuk memilih warna yang sesuai..
Cara Nak Mulakan Perniagaan Tudung Yang Menguntungkan
Ramai yang mencari tips dan panduan untuk berniaga tudung sebab ramai yang tak tahu bagaimanakah cara nak mula bisnes tudung ni. Tudung adalah bisnes yang power dan dikatakan sangat laris. Cuba buka facebook dan search tentang bisnes tudung. Saya yakin anda akan jumpa banyak page tentang bisnes tudung. Tak perlu nak ada kedai pun takpe,