Ingin Belajar Cara Buat Bisnes Online?

Assalammualaikum & Salam Perkenalan

Saya Azmawati Zohri, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBiz.My

Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com. Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

Salam Perkenalan

Saya Azmawati Zohri, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBizOnline.My

Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com.

 

Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

Dari Hobi Menjadi Bisnes

Secara peribadi, saya sendiri telah berjaya membuktikan yang bisnes sabun ini berpotensi menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun hanya dari rumah. 

Nak Belajar Cara Buat Sabun Homemade?

Kalau anda berminat nak join kelas online atau beli buku untuk belajar seni & cara buat sabun homemade boleh klik gambar di bawah....

kelas buat sabun

atau layari blog saya  di >>>Mysabun.Com 

Saya akan berkongsi lebih banyak info berkenaan hobi dan bisnes buat sabun..

Jangan lupa bookmark blog saya ni ye.

Sekiranya Anda Serius Nak Buat Bisnes Online

Baca lagi...

Kini, misi utama saya adalah untuk membantu anda

3 Cara Saya Bantu Anda Untuk Buat Bisnes Online Dengan Konfiden!

Bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes online, kini saya  ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anda memulakan, menguruskan dan menjalankan bisnes online.
 
 
Saya sedang membangunkan beberapa website untuk membantu anda seperti di bawah..
 

Sekiranya anda masih mencari peluang bisnes dari rumah, mulakan di sini…

Anda boleh pilih dan belajar pelbagai ilmu bisnes, kemahiran, panduan langkah demi langkah untuk setup bisnes online anda sendiri. Pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan minat,  kebolehan dan bajet anda di sini. Koleksi akan ditambah dari masa ke semasa. 

Jadi jangan lupa untuk bookmark website ini.

 

Anda juga boleh belajar cara-cara untuk membuat bisnes online dan menggunakan kelebihan digital marketing untuk memasarkan produk anda.

Kami juga menyediakan pakej coaching khas sekiranya anda berminat untuk memasarkan produk Affiliate. Terdapat 1001 Produk untuk anda pilih.

Dengan produk affiliate, anda boleh menjana pendapatan secara pasif dengan mempromosikan produk orang lain. Copy & paste link produk di media sosial sahaja..

Baru dalam bisnes online? Mahu jimat kos pengiklanan? Sertai komuniti perniagaan online kami di Adjemz.Com. 

Platform komuniti jualan ini ditubuhkan bagi memberikan ruang dan peluang kepada peniaga memasarkan produk, perkhidmatan dan kemahiran mereka secara online. Kumpulan bimbingan juga disediakan bagi membantu peniaga memaksimumkan keuntungan perniagaan mereka di adjemz.com

Promosikan platform ini pada kawan-kawan anda.. Ajak mereka beriklan secara percuma!

Kelebihan Mempunyai Website Untuk Peniaga Online

Walaupun bisnes saya berkaitan dengan produk sabun dan kraf, minat sebenar saya adalah merekabentuk & pembangunan laman web.

 

Saya membangunkan sendiri laman web bisnes saya dan saya jadikannya  sebagai tapak utk asah skill saya dalam website design. Dengan adanya website, saya mampu beroperasi 100% secara online dan hanya berjumpa pelanggan berdasarkan temujanji sahaja dan tidak menerima walk in customer

 
 
 
Atas beberapa sebab kesihatan dan keluarga, saya terpaksa “bersara seketika” dari dunia bisnes online. Hampir 3 tahun saya tidak lagi mengajar, tiada sebarang promosi atau update yang saya buat di website atau di sosial media untuk produk sabun saya.
 
 
Tapi Alhamdulillah, dalam tempoh ini masih ada customer baru yg call dan ada yang terus membuat pembelian di website. Mereka jumpa maklumat perniagaan saya setelah membuat pencarian melalui google. Inilah kelebihan SEO (Search Engine Optimization) yang boleh anda manfaatkan sekiranya anda ada website sendiri.
 
 
 Baca sini untuk info Apa Itu SEO 
 
 
Oleh kerana saya beroperasi menggunakan website sendiri, saya dapat tanam keyword penting untuk memudahkan enjin pencarian google mencari website saya.  Secara teknikalnya,  saya masih lagi wujud di alam internet sebagai penjual produk sabun sehingga ke hari ini, walaupun hakikatnya saya telah bertukar kerjaya kepada yang lain. 
 
 
Kerana inilah, saya  mula nampak kelebihan website untuk peniaga online. Ia bukan sekadar sebagai kedai online sahaja, ia juga sebagai rekod kewujudan perniagaan kita di internet. Selagi mana Website kita ada, selagi itulah info perniagaan dan status perniagaan kita akan kekal. Orang tetap akan mencari kita.
 
 

Onlinekan Perniagaan Anda Sekarang!

Berdasarkan pengalaman saya, apa yang boleh saya simpulkan ialah, memiliki website sendiri adalah penting untuk peniaga online.


Website yang lengkap dengan sistem jualan dan pembayaran online (Ecommerce) akan lebih memudahkan hampir 80% urusan perniagaan anda. Anda tidak perlu lagi melayan pelanggan dan cerita berkenaan produk  secara berulang-ulang. Anda hanya berikan link website, pelanggan tersebut boleh baca setiap detail info dari A-Z berkenaan diri dan produk anda.
 

 

Dengan mempunyai website anda  boleh automasikan bisnes anda dengan mudah! Kalau anda serius nak buat bisnes secara online, anda perlu ada web.

 

Kini anda boleh memiliki website perniagaan anda sendiri lengkap dengan sistem E-Commerce & Blog

Media Archives

Klik pada setiap gambar untuk lihat kandungan.