Klik Untuk Bantuan

Date

Apa Itu Seo dan Kepentingannya Dalam Digital Marketing

Mahu tahu apa itu SEO? SEO bermaksud ‘Search Engine Optimization‘ iaitu satu kaedah optimasi enjin carian seperti Google agar artikel yang ditulis dapat tersenarai pada ranking terbaik dan dapat di cari oleh pembaca di ruangan Internet.

 

Tujuan menulis artikel mesra SEO pada dasarnya adalah untuk menjana trafik pembaca secara organik. Dengan teknik penulisan yang betul ia dapat meningkatkan kredibiliti sesuatu artikel dan memungkinkan artikel tersebut tersenarai di muka surat pertama enjin carian seperti google untuk sesuatu kata kunci yang dipilih. 

 

Sekiranya anda ingin menempah slot iklan advertorial, pastikan ianya SEO Ready supaya anda boleh set keyword (kata kunci) untuk memudahkan enjin carian tahu tentang iklan  anda itu.

Bagaimana SEO Berfungsi?

Ketika seseorang pembaca mencari sesuatu info dan menaip satu kata kunci di Google Search, enjin carian ini akan memilih artikel-artikel untuk dipaparkan mengikut keyword  tersebut. Sekiranya artikel anda mempunyai keyword yang sama seperti kata kunci tersebut, artikel anda akan dipaparkan pada halaman hasil carian Google ini.

Contohnya :

Katakan anda ingin mempromosikan kedai makan ibu anda di Kedah. Anda perlu buat satu artikel yang menceritakan sesuatu perkara yang menarik dan memberi manfaat kepada pembaca. Contohnya tentang menu istimewa, harga yang murah, suasana kedai, dan peristiwa  yang menarik. Anda juga boleh berkongsi tips memasak atau resipi makanan istimewa yang hanya ada di kedai anda. Setelah siap artikel tersebut anda perlu pilih  keyword yang bersesuaian dan yang sering di search di google seperti “Tempat Makan Sedap di Kedah”

 

Sekiranya ada orang menaip perkataan cth: Tempat Makan Sedap di Kedah, di Bar Carian Google, engine pencarian ini akan membuat carian dan memaparkan post yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Oleh kerana artikel anda telah menanam kunci yang seakan sama, artikel anda berpotensi untuk dipaparkan pada pencarian ini.

 

Perlu kami tekankan di sini bahawa, bukan semua artikel yang mempunyai kata kunci tersebut akan muncul dalam carian google ini. Anda perlu menguasai teknik penulisan dan struktur ayat yang mesra SEO supaya mudah diindeks oleh google. 

Cara Tersenarai Di Halaman Utama Google

Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna. 

 

Enjin carian ini akan menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada artikel yang mereka jumpa. artikel yang mempunyai “markah tinggi” bakal menduduki posisi tinggi di dalam keputusan carian.

Antara usaha yang boleh anda lakukan untuk memastikan artikel anda mempunyai markah yang tinggi adalah dengan menulis kandungan yang bermutu. Anda juga perlu memastikan isi kandungan ditulis dengan teknik tertentu yang mesra SEO supaya mudah diindex oleh robot pencarian (crawler bot/spiderbot). Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan perkhidmatan penulis blog yang mahir tentang SEO

 

Selain itu anda perlu pandai menggunakan tajuk artikel yang mampu menarik perhatian membaca untuk klik dan baca artikel anda. Skil ini anda boleh pelajari di sini

 

>>> Panduan Menulis Copywriting Power 

 

Akhir sekali, untuk membolehkan artikel anda itu diindeks oleh google, anda perlu meletakkan artikel anda di website atau blog dan bukan di media sosial seperti facebook.  Artikel anda tidak akan diindeks dengan sempurna sekiranya anda hanya menulis di Facebook atau media sosial. 

 

Sekiranya anda tidak mempunyai website atau blog, anda boleh mencari website yang memberikan pakej pengiklanan advertorial iaitu sebuah artikel dalam bentuk pengiklanan yang bagus supaya anda boleh menggunakan kelebihan SEO untuk mempromosikan bisnes anda  dan menarik minat bakal pelanggan yang berkualiti melalui  Google

 

Baca Lagi Kelebihan Pengiklanan Advertorial Untuk Pemilik Home Bisnes

Tawaran Istimewa Di HomeBiz

Anda boleh dapatkan iklan advertorial bersama kami. Lebih istimewanya lagi, iklan advertorial kami ini turut menggunakan kelebihan SEO (Search Engine Optimization) untuk menghubungkan anda dengan pelanggan yang tepat yang membuat pencarian melalui  Google. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Translate »
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2022?

Isikan Maklumat Berikut..