Sekiranya anda peniaga online, anda wajib untuk mempunyai kemahiran mengambil gambar produk sendiri. Ini kerana secara umumnya, apa yang terpapar pada skrin komputer dan gajet adalah gambar.
- Gambar Statik
- Gambar Huruf dan Perkataan (Teks)
- Gambar Bergerak (Video)
Semakin berkualiti gambar anda, semakin anda akan disukai oleh prospek atau pelawat, tidak kira pada facebook page, blog, website ataupun wall profile anda sendiri.
Gambar Produk Yang Professional Dengan Kos Rendah
Gambar adalah sesuatu elemen yang sangat penting untuk sesebuah produk. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda mempromosikan sesuatu produk itu secara online.
Ini kerana, pelanggan tidak dapat merasai, menghidu dan memegang produk,
Hanya menerusi gambar sahaja anda dapat menyampaikan maklumat berkenaan produk terus ke hati pelanggan.
Oleh kerana itu, kemahiran mengambil gambar produk sendiri adalah sesuatu kemahiran yang penting dan perlu ada pada setiap usahawan online.
Kini, dengan kecanggihan teknologi telefon pintar dan pelbagai aplikasi apps boleh dimuat turun secara percuma, setiap dari anda kini boleh menggunakan telefon pintar masing-masing untuk mengambil gambar produk sendiri dan mendapatkan hasil yang berkualiti dan nampak profesional. Tak perlu lagi mengupah jurugambar, boleh ambil sendiri, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jimat Kos!