Klik Untuk Bantuan

Cara Nak Mulakan Perniagaan Tudung Yang Menguntungkan

bisnes tudung

Ramai yang mencari tips dan panduan untuk berniaga tudung sebab ramai yang tak tahu bagaimanakah cara nak mula bisnes tudung ni. Tudung adalah bisnes yang power dan dikatakan sangat laris. Cuba buka facebook dan search tentang bisnes tudung. Saya yakin anda akan jumpa banyak page tentang bisnes tudung. Tak perlu nak ada kedai pun takpe, jual tudung secara online pun boleh.

6 Tips Penting Untuk Memulakan Bisnes Tudung Online

Asalkan anda gunakan ayat menjual yang power dan strategi yang betul, bisnes tudung anda akan berjaya.

Beberapa tips yang anda kena tahu untuk memulakan bisnes tudung antaranya :


1. Tahu kat mana nak dapatkan tudung dengan harga yang murah
2. Kenalpasti supplier tudung yang bagus
3. Tahu tudung apa yang mendapat sambutan
4. Berapakah modal permulaan
5. Bagaimana nak promosi tudung
6. Apakah ayat-ayat promosi yang mampu memikat


Tip-tip yang dinyatakan di atas sangat penting dan anda perlu kuasainya supaya anda berjaya. Kalau kena caranya, untung berganda-ganda dengan bisnes tudung. Cuma ilmu tentang bisnes tudung tu kena ada. Biasalah nak buat bisnes kena ada ilmu. Tak kisahlah bisnes air balang, bisnes banner, bisnes burger, bisnes putu dan apa jua bisnes sekalipun anda tetap kena ada ilmu. Pendek kata semua bisnes kena ada ilmu barulah berjaya.

Cara Mulakan Bisnes Tudung Tanpa Modal Yang Besar

Masa di universiti dulu saya pernah berniaga tudung. Nak cari duit poket lebih maka saya buat keputusan untuk jual tudung. Bincang punya bincang dengan tiga orang kawan akhirnya kami sepakat nak jual tudung. Maka bermulalah operasi kami cari kat mana nak beli tudung dengan harga borong.

 

Sebelum tu kami dah buat survey tudung apa yang jadi trend masa tu. Kami ambil tempahan dahulu mengikut jenis tudung yang mereka mahukan.

Memang boleh dapat dengan harga yang murah kalau beli borong. Untung jualan memang berbaloi-baloi. Boleh katakan dua kali ganda untungnya.

 

Betullah apa yang saya baca tentang bisnes tudung ni kita kena buat kajian pasaran. Kaji tudung apa yang mendapat permintaan. Bisnes tudung memang bisnes yang laris sepanjang masa.

Modal untuk bisnes tudung ni tak semestinya modal yang besar. Modal kecil pun boleh. Peringkat permulaanlah katakan jangan nak gelojoh sangat. Yang penting dapatkan pelanggan yang pertama hingga ke sepuluh dahulu.

Rancang Strategi Bisnes Tudung Anda

Ada tiga proses untuk buat bisnes tudung ni yang anda kena pegang sampai bila-bila.

Pertama : Dapatkan stok tudung

Kedua : Plan strategi pemasaran

Ketiga : Plan tindakan

 

Nasihat saya kalau anda berhasrat untuk bisnes tudung, gunakan point-pont di atas. Pertama cuba dapatkan stok tudung. Kena rajin buat carian barulah anda akan jumpa lokasi yang betul-betul sesuai. Tentang modal tu jangan bimbang sebab anda tak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar. Modal yang kecil pun boleh. Kemudian plan betul-betul strategi pemasaran anda. Yang penting anda sudah ada produk (tudung) yang nak diniagakan.

 

Panduan Bisnes Tudung Langkah Demi Langkah

Anda kena rajin-rajinkan diri baca rahsia bisnes tudung ni sampai lebam. Bukan apa takut nanti anda tersasar dari landasan. Kalau ada panduan ni lagi senang anda nak buat kerja. Cuma ulang langkah-langkah ini. Lama-kelamaan anda akan mahir dan nampak hasilnya..

Baiklah, itu sahaja perkongsian dari saya. Ingat walau apa jua bisnes yang nak dijalankan memerlukan ilmu. Tak boleh nak mulakan bisnes tanpa ilmu di dada begitu sahaja jika nak berjaya dalam bisnes tudung

Baca Lagi Tips Bisnes Tudung Jenama Sendiri...

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Translate »
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Tudung Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2022?

Isikan Maklumat Berikut..

Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2022?

Isikan Maklumat Berikut..