fbpx
Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Ini Kisah dan Pengalaman Sebenar Saya Berniaga Tudung Dengan Hanya Menggunakan Modal Dari Duit PTPTN!

Assalammualaikum & Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600…. saya berjaya “rolling” duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Ingin Belajar dan Tiruvasi Kejayaan Beliau? 

*TIRUVASI = TIRU + INOVASI adalah gabungan tiru dan inovasi. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kegagalan sama ada kecil ataupun besar. Namun, kita boleh mengurangkan kesilapan kita dengan meniru tindakan orang yang telah berjaya.

Seronoknya Menjual Tudung!

Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya… supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu… sebulan… ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk…. Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Mesti Ada Produk Killer!

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain… dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan!  

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Atas ni adalah antara produk killer saya, sambil tidur pun orang sibuk whatsapp tanya pasal tudung ni ajeee.. Kalau bulan puasa, waktu sahur tu jugak lah customer dok sibuk whatsapp, dan close order terus! Banyak feedback customer yang saya simpan sebagai rekod untuk jualan tudung ni. Tengok ni!

TAK PAYAH dah nak guna model! Customer sendiri pakai je pun dah cantik.. hehehe!

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, saya juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. Ianya long term stable income. Alhamdulillah..

Jadi,.. Siapa kata susah bisnes tudung ni…? Insyallah, dengan ilmu dan cara yang betul!  Semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan…

Buat Tudung Jenama Sendiri!

Bila pelanggan dah mula ramai dan saya pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Saya mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye!

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti..huhu!

MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah saya bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung saya dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan.

 

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Namun begitu, berita baiknya… Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Saya telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan… maka, akhirnya….. Terhasillah EBOOK DUO ini…

Ebook "Rahsia Bisnes Tudung"

Ebook Rahsia Bisnes Tudung  ini mengandungi 2 buah ebook!

Ebook pertama mengandungi ilmu serta pengalaman saya, bagaimana saya bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan,  dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, saya ceritakan Bagaimana Saya Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! Dalam bab ini, saya tunjukkan secara step-by-step, bagaimana saya membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. Saya pasti, jika anda baca pengalaman saya ini, anda juga boleh buat seperti yang saya buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! 🙂

Ebook Kedua pula, saya fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, saya senaraikan 4 perkara utama yang perlu anda ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, saya jelaskan secara terperinci.

Malah, saya turut berikan maklumat supplier yang boleh anda gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?

BAB 1 : BELAJAR MENJUAL

Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales).
Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda!

Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual!
Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!

Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat!

Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.

BAB 2 : APA & SIAPA?

Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini!

Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. 🙂

BAB 3 : SUPPLIER

Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini!
Saya bongkarkan 5 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!
Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!

Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup!

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!

BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU

Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja!

Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, saya takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.

Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah “real”!. Saya kongsikan banyak tips mencari model yang “real” di dalam bab ini!

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA

Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini!
Saya tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung.

Dalam bab ini juga, saya kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!

BAB 6 : AYAT IKLAN

Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun saya kongsikan dalam ebook ini!
Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda.

Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!

BAB 7 : LUBUK JUALAN

Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual!
Dalam bab ini, saya bukan share 2 atau 3 lubuk jualan… tetapi, saya kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda!

Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini… atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda.

Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!

BAB 8 : PACKAGING

Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, saya kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

BAB 9 : PENGHANTARAN

Dalam bab ini, saya kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Saya juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!

BAB 10 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.

Hah! Ini adalah bab yang paling HOT!
Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana saya menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.

Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.

Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Fuh!! Memang mantap isi kandungan ebook ini!

Itu baru satu ebook… 

Ebook yang kedua, iaitu ebook tentang “Menghasilkan Tudung Jenama Sendiri” pula.. ada 4 Bab di dalamnya.

Namun begitu, saya tak dapat dedahkan keempat-empat bab tersebut di sini.
Hanya mereka yang mendapatkan ebook ini sahaja yang akan tahu apa isi kandungannya!

Secara asasnya, dalam ebook tersebut, saya kongsikan senarai “Super Supplier” yang dapat membekalkan kain yang berkualti tinggi untuk anda menghasilkan tudung jenama anda sendiri.

Saya juga kongsikan Tip Memilih Tukang Jahit!  Ini adalah part yang paling kritikal. Silap pilih tukang jahit, memang hancurlah tudung anda nanti.

Berapakah Pelaburan Untuk Saya Memiliki Ebook Yang Hebat Ini?

Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan bukan murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes tudung sejak tahun 2012. Banyak info-info rahsia yang tidak mungkin akan di dedahkan oleh penjual tudung lain, telah saya dedahkan di dalam ebook ini!

Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM150 sahaja!

Ianya sangat murah! Anda hanya perlu jual sekitar 4-5 helai tudung sahaja untuk cover kos pembelian ebook ini, yang mana, saya percaya, apabila anda sudah memiliki ebook ini, anda bukan sahaja mampu menjual 4-5 helai tudung, MALAH, insyallah, mampu menjual beratus-ratus, bahkan beribu-ribu helai tudung kelak!

Jadi, kos pelaburan untuk mendapatkan ilmu bisnes tudung ini sebenarnya, adalah sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan potensi pulangan yang bakal anda perolehi kelak.

Tapi… untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, saya akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM80 sahaja!

Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM80 sahaja untuk masa terhad, sebelum saya mengubah fikiran saya!

Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik butang “Dapatkan Sekarang!” di bawah untuk lakukan tempahan …

**Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

Kongsikan:
Translate »
Klik Untuk Bantuan

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah