fbpx
Home Bisnes – Apa Yang Perlu Saya Tahu?

Date

Macam Mana Nak Bermula?

Rasa takut dan ragu-ragu untuk menjalankan perniagaan sendiri dari rumah atau home bisnes ini membuatkan kebanyakan orang berlengah-lengah untuk memulakannya.

 

Ketakutan ini terjadi  biasanya menjurus kepada hakikat bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya ataupun tidak tahu di mana dan cara untuk bermula.

 

Oleh sebab itu, sebagai permulaan untuk mengatasi perasaan takut itu,  kita perlu menjawab dulu beberapa soalan yang biasa ditanya oleh kebanyakan newbies di dalam proses memulakan home bisnes ini.

Soalan 1

"Adakah saya perlu mempunyai kemahiran khas atau ijazah tertentu untuk memulakan perniagaan saya sendiri?"

Ya! 

Anda perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin anda ceburi, tetapi anda tidak perlu untuk mempunyai sijil atau kelayakan professional. Ia bergantung kepada jenis perniagaan yang anda ingin bermula.

 

Anda boleh membuat penyelidikan ringkas tentang bidang perniagaan yang bakal anda jalankan. Terdapat banyak sumber yang boleh anda rujuk supaya pengetahuan anda dapat berkembang dan boleh digunakan. 

 

Jika anda sedang merancang untuk menawarkan perkhidmatan seperti mereka bentuk laman web, melukis bahan grafik, perkhidmatan fotografi & sebagainya, maka anda perlu mempunyai kemahiran yang tertentu sebelum memulakannya.  Pengetahuan dan pengalaman sentiasa membantu anda untuk menjadi pakar dalam bidang pilihan anda. 

 

Di internet, sesiapa yang lebih berpengetahuan akan menjadi lebih berkuasa terutamanya dalam bidang perniagaan. Jadi anda harus membaca dan membuat kajian semua perkara-perkara yang berkenaan dengan bidang anda kerana ia akan menjadikan perniagaan anda akan sentiasa maju ke hadapan.

Soalan 2

“Adakah perniagaan online memerlukan kos yang besar?”

bisnes dari rumah

Secara umumnya untuk memulakan perniagaan internet tidak memerlukan kos yang besar. Wang yang anda perlu keluarkan kebanyakannya adalah untuk menyediakan akses internet, komputer atau telefon pintar

 

Jika ada kos-kos yang lain, ia bergantung kepada jenis perniagaan yang anda ingin ceburi.

 

contohnya.. Jika anda bercadang untuk menawarkan perkhidmatan, seperti mereka bentuk laman web, maka program perisian perlu ditambah ke dalam senarai alatan untuk dibeli.

 

Sekiranya anda ingin menjalankan  perniagaan online yang menjual barangan fizikal. memerlukan anda melabur sejumlah wang untuk membeli dan menyimpan barang-barang tersebut, 

 

Tetapi ada juga jenis perniagaan seperti ini yang tidak memerlukan anda menyimpan sebarang stok. Klik sini untuk info perniagaan tanpa perlu simpan stok —>SINI

 

Tahukah anda, untuk menjalankan sebarang perniagaan internet, kos yang diperlukan adalah sangat-sangat rendah namun potensi untuk mengaut keuntungan adalah tinggi.

Soalan 3

"Adakah saya boleh memulakan perniagaan online saya sendiri, walaupun saya tidak pernah menjalankan sebarang jenis perniagaan sebelum ini?"

Sudah tentu. 

 

Beratus-ratus Pemasar Internet (Internet Marketer) telah memulakan perniagaan mereka sendiri dan membuat kejayaan besar tanpa mempunyai sebarang pengalaman perniagaan sebelumnya. 

 

Sekali lagi diulangi, ianya bergantung kepada berapa banyak masa dan usaha anda dalam penyelidikan anda. Internet itu sendiri, mengandungi pelbagai maklumat yang boleh anda dapati menerusi hujung jari anda untuk membantu anda mempelajari setiap aspek perniagaan yang anda ingin mulakan.

 

Anda boleh mendapatkan pelbagai tips, teknik dan panduan dari internet yang dimasukkan oleh mereka-mereka yang tidak lokek ilmu. Jadi anda gunakan internet sebagai perpustakaan anda dan menggunakan internet itu sekali lagi untuk menjana pendapatan melalui ilmu yang telah anda perolehi. 

 

Ingatlah, pengetahuan adalah kuasa dan tindakan akan menjadikannya lebih berkuasa.

Soalan 4

“Berapa banyak pendapatan yang boleh saya perolehi menerusi perniagaan ini?”

Sebenarnya ianya berbeza-beza disebabkan oleh banyak faktor.

  1. Apakah perniagaan yang anda pilih,
  2. Bagaimana perniagaan anda bermula,
  3. Berapa banyak masa dan usaha yang anda peruntukkan,
  4. Bagaimana anda menjalankan pemasaran,
  5. Faktor perubahan luaran yang anda sendiri tidak mempunyai kawalan terhadapnya.
Semua ini memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak pendapatan yang boleh anda kaut.

 

Sesetengah pemasar internet membuat wang sehingga enam angka, manakala yang lainnya hanya mampu membuat pendapatan yang sama seperti gaji seorang pekerja makanan segera sepenuh masa.

 

 

 

 

Sekiranya anda bermula sekarang, anda perlu yakin apa yang anda sedang bina ini adalah juga sebagai  persediaan untuk menghadapi masa hadapan sama ada untuk persaraan, ketidak tentuan ekonomi, diberhentikan kerja dan sebagainya. 

 

Sekiranya ia berlaku, anda telah pun mempunyai alternative  untuk meneruskan kehidupan anda. 

Soalan 5
“Adakah saya memerlukan laman web sendiri?”

website

Sekiranya anda betul-betul serius untuk mempunyai perniagaan online, anda amat digalakkan untuk mempunyai sebuah laman web sendiri untuk memudahkan perniagaan anda itu beroperasi. 

 

Ia ibarat seperti sebuah kedai/office untuk anda diinternet. Anda perlukan sebuah tempat untuk memaparkan semua info berkaitan maklumat perniagaan, jenis perkhidmatan, produk yang anda jual dan hasil kerja terdahulu termasuk testimoni pelanggan secara tersusun.

 

Sekiranya anda mempunyai laman web,  tugas anda hanya perlu menjemput pelanggan untuk masuk ke laman web tersebut. Mereka sendiri akan dapat membaca dan melihat jenis-jenis perkhidmatan yang anda tawarkan dan hasil kerja yang telah anda lakukan. 

 

Anda tidak perlu bersusah payah membuat penerangan berulang-ulang setiap kali berjumpa pelanggan baru.

 

Percayakah anda, kos tahunan untuk memiliki sebuah laman web yang baik, adalah lebih murah berbanding dengan kos petrol bulanan anda ke tempat kerja?

 

Untuk menghasilkan laman web anda sendiri adalah cukup mudah kerana banyak program perisian dan perkhidmatan pembinaan laman web di pasaran. 

 

Jika anda mahu, anda juga boleh menggunakan khidmat pereka laman web untuk mencipta satu laman web yang cantik dan canggih. Jadi jangan biarkan kekurangan anda mengganggu motivasi anda untuk berjaya. 

Anda boleh juga membuatnya sendiri.

sekiranya berminat nak join kelas online boleh klik 

Kelas Belajar Buat Website Menggunakan Platform WordPress Secara Online

 

 

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »