fbpx

Keistimewaan Buka Kedai Online Di Shopee

Shopee merupakan salah sebuah medan e-commerce yang menyediakan aktiviti jual beli antara penjual (seller) dan pembeli. Anda boleh membuka kedai online anda secara percuma dan boleh mula menjual pelbagai produk anda di shopee. Kebelakangan ini, trafik pengguna  Shopee telah pun meningkat dari 20 juta pengguna kepada 50 juta. Ini menunjukkan betapa besarnya potensi perniagaan anda untuk berkembang menggunakan platform ini. Dengan langkah yang betul anda boleh menjana pendapatan yang berlipat kali ganda hanya dengan bekerja di rumah sahaja. 

Kelebihan Untuk Anda Membuka Kedai Online Di Shopee

Berikut adalah antara kelebihan sekiranya anda mulakan bisnes anda di shoppe

1. Anda Boleh Buka Kedai Online Secara  Percuma

Di Shopee, anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk membuka kedai/store. Anda boleh buka kedai anda sendiri dengan hanya mengisi borang yang disediakan, upload produk anda. Lepas tu tunggu saja orang datang membeli. Sekiranya anda ada masalah atau perlukan bantuan, boleh chat terus dengan customer service.

 

2. Anda Boleh Jual Pelbagai Kategori Produk Dalam 1 Kedai Sahaja

Sekiranya anda mahu menjual pelbagai jenis produk, anda tidak perlu buka banyak kedai. Di Shopee anda boleh menjual pelbagai produk berlainan dan jadikan kedai anda seperti kedai 7-Eleven. Ini akan membuatkan kedai online anda lebih menarik dan bervariasi. Ia juga dapat melipat gandakan keuntungan jualan anda.  

 

3. Jumlah Pengunjung Yang Tinggi

Jika anda nak dapatkan pembeli, anda perlukan pengunjung yang ramai setiap hari ke kedai anda. Untuk pengetahuan anda, Shopee mempunyai sekitar 40-50 juta pengunjung sebulan. Jadi, jika anda berniaga di Shopee, anda tidak perlu risau soal trafik atau pengunjung. Ini kerana, pasti ada orang yang akan membeli produk anda.

 

4. Urusan Penghantaran Yang  Murah Dan Mudah

Kos penghantaran produk menjadi murah jika anda mendaftar logistik dengan pihak Shopee. Shopee ada menawarkan diskaun penghantaran. Itu salah satu sebab yang menyebabkan pelanggan dan penjual suka membeli & menjual di Shopee.  Selain itu, urusan penghantaran juga amat mudah.  Semua maklumat pengirim & penerima telah pun tersedia. Anda hanya perlu print salinan slip parcel sahaja, tampal pada parcel anda dan pos. Senangkan!

 

5. Banyak Promosi Mega Dari Shopee Yang Boleh Di Manfaatkan Untuk Bisnes Anda

Shopee kerap melakukan promosi besar-besaran dan mendapat liputan meluas seluruh negara di mana setiap bulan mereka akan ada promosi jualan mega 1.1, 2.2, 3.3 dan sebagainya. Promosi ini memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh ramai pembeli. Waktu ini jumlah pengunjung yang membuat pembelian akan menjadi berganda-ganda. Sebagai peniaga, anda boleh sama-sama memanfaatkan promosi tersebut dengan menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh Shopee seperti program cashback dan coin ketika berlangsungnya jualan mega ini. Anda sebagai peniaga perlu mengeluarkan sedikit caj tambahan  sebagai bayaran untuk menggunakan perkidmatan tersebut yang mana ini akan menarik lebih ramai pelanggan untuk mengunjungi kedai anda dan membuat pembelian.

Adik Umar yang berusia 11 tahun juga boleh melakukannya. Anda bila lagi?

Mulakan Bisnes Anda Di Shopee Hari Ini

Mulakan perniagaan pertama anda di platform ini kerana ia mudah dan hanya menggunakan modal yang rendah. Ia boleh dilakukan secara sepenuh masa atau secara sambilan. Rugi jika tidak memanfaatkan peluang yang telah tersedia ini. 

Tiruvasi Kejayaan Mereka!
Jom Mulakan Bisnes Pertama Anda Di Shopee

*TIRUVASI = TIRU + INOVASI adalah gabungan tiru dan inovasi. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kegagalan sama ada kecil ataupun besar. Namun, kita boleh mengurangkan kesilapan kita dengan meniru tindakan orang yang telah berjaya.

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah