fbpx

Date

Kelebihan Website Sendiri Berbanding Media Sosial

kelebihan website

Ramai peniaga yang bertanya….

 

“Kenapa perlukan website sedangkan dah ada media sosial untuk mempromosikan perniagaan?”

 

“Mengapa nak keluar duit untuk kos-kos membangunkan website (kos itu termasuklah server, upah designer, SEO, web maintenance dan lain-lain) sedangkan saya boleh setup media sosial seperti Facebook dan Instagram secara percuma?”

Jawapannya macam ni…

Website , ibarat pejabat anda di internet. Anda boleh menghias pejabat tersebut dengan apa jua tema yang anda suka. Lengkapkan dengan robot2 pembantu yang boleh bekerja 24 jam untuk anda. Semuanyaa auto… 

Anda boleh pamerkan bermacam barangan dan service yang anda jual..

Anda punya pejabat! Anda boss…Anda punya  suka laa nak jual apa pun..

Sekiranya anda memilih untuk membuka kedai anda di tapak perniagaan anda sendiri, anda akan memiliki full control terhadap perniagaan anda. Anda sama sekali tidak terkesan dengan perubahan yang berlaku pada perniagaan orang lain. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda mempunyai website, di mana anda akan mempunyai alamat perniagaan (domain)  dan tapak perniagaan anda sendiri (hosting). Dengan memiliki kedua-dua ini, anda akan ada full control terhadap perniagaan online anda.

Ya memang perlu keluarkan modal dulu untuk membangunkan website sendiri. Sama seperti anda mengubah suai & menghias pejabat anda, tetapi kewujudan website tersebut akan sentiasa menjadi milik anda dan akan  sentiasa ada selagi mana anda membayar yuran langganan domain dan hosting.

Jangan risau, yuran langganan adalah amat rendah. 

Klik sini untuk belajar Apa Itu  Domain & Hosting.

Klik sini untuk lihat Syarikat Pembekal Domain & Hosting

Berbeza dengan Media sosial (facebook, instagram dll), walaupun mudah digunakan dan tidak memerlukan pengalaman dari sudut teknikal tetapi ia masih milik orang lain. 

 

 

Anda umpama bergantung pada belas ihsan perniagaan orang lain. Sekiranya mereka tidak mahu lagi kedai anda berada dalam premis mereka, anda terpaksa keluar dan mendapatkan lokasi baru. Atau, sekiranya mereka tidak lagi mahu membuka premis mereka satu hari nanti, kedai anda juga akan kehilangan pelanggan anda.

 

Media Sosial  juga diibaratkan seperti tapak expo, bazar, yang mana pelanggan yang datang memang ramai tapi mereka mempunyai pelbagai tujuan, berlegar2, tengok2 dan membandingkan produk anda dengan orang lain..

 

Untuk menjual pulak, anda kene sentiasa perlu ada. Sentiasa perlu buat post . Post yang dibuat kene spesifik pada satu produk atau service. Kalau tak, customer yang baca tak paham apa yang anda tulis.. Banyak kerja kan… 

Pilihan Di Tangan Anda...

Sebagai pemilik bisnes, anda boleh memilih sama ada :

A) Setup kedai anda di dalam ‘kedai’ orang lain; atau

B) Setup di tapak perniagaan yang anda miliki sendiri

Peniaga Yang Bijak Akan Mengoptimumkan Semua Pilihan Yang Ada Dan Menjadikannya Yang Paling Terbaik!

Ya! Gunakan kelebihan yang ada pada kedua-duanya.

Ambil contoh seperti tesco, mydin dsb. Mereka mempunyai premis yang menjual pelbagai barangan di kedai mereka. Untuk menarik orang ramai datang berbelanja, mereka membuat iklan/ flyer (ayat manizzz) dan cipta networking untuk TARIKKKK….bakal pelanggan ke permis mereka kerana di sinilaa penjualan terjadi.. 

 

Bila kita masuk, walaupun asalnya nak beli 1-2 barang.. bila keluar, macam-macam benda kita borong…

 

Itu lah juga yang perlu diaplikasikan untuk perniagaan online anda.

 

 

Jadikan website sebagai ‘hub’ perniagaan anda di mana anda boleh meletakkan semua info seperti, aktiviti perniagaan dan produk dalam satu tempat. Mudahkan pembaca melayari setiap halaman website anda dengan membina link atau butang untuk klik yang ringkas dan senang difahami. 

 

Cuba maksimumkan penggunaan  blog melalui penulisan yang lengkap, teratur dan menarik. Berkongsi pelbagai info yang bermanfaat untuk pembaca anda. Ia penting supaya pengunjung website anda tertarik untuk mengunjungi website anda berkali-kali dan seterusnya membina ‘kepercayaan’ dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pelanggan. 

 

Setelah semuanya selesai, gunakan Media Sosial sebagai alat untuk menarikkkk lebih ramai orang untuk masuk ke website yang telah anda bina tersebut.

Media Sosial Sebagai Medium Marketing Percuma

Mana-mana kedai pun, sekiranya tanpa pengunjung ia akan tetap sendu juga. Walaupun website anda mempunyai pelbagai produk jualan,  dekorasi yang cantik dan dilengkapi dengan sistem canggih,  ia masih memerlukan satu cara untuk meramaikan lagi pelanggan masuk ke website. 

Di sinilah kelebihan media sosial perlu digunakan. Dengan media sosial, banyak perkara yang anda boleh gunakan sebagai satu bentuk komunikasi dan bina engagement dengan bakal pelanggan anda. Ianya adalah percuma!


Anda hanya perlu rajin berkongsi keratan-keratan blog post anda dan sekiranya ada yang berminat mereka akan klik terus masuk ke website. 

Sebab tu kita kena ada dua-dua.. website dan media sosial..

Tawaran Istimewa Di HomeBiz

Anda masih tiada bajet untuk mempunyai website atau blog sendiri? Mahu mempromosikan bisnes anda dan menarik minat bakal pelanggan yang berkualiti melalui  Google? 

Anda boleh dapatkan iklan advertorial bersama kami. Lebih istimewanya lagi, iklan advertorial kami ini turut menggunakan kelebihan SEO (Search Engine Optimization) untuk menghubungkan anda dengan pelanggan yang tepat yang membuat pencarian melalui  Google.

 

Baca Lagi Kelebihan Pengiklanan Advertorial Untuk Pemilik Home Bisnes

 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Klik butang whatsapp yang diberikan.

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah