Selamat Datang ke Adjemz.Com

Klik Video

Pengajaran Surah Al-Mulk

Surah ini merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran. Ia tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. 

 

Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.

 

Allah Menguasai segala Kerajaan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dialah yang mencipta mati dan hidup semata-mata untuk menguji siapakah daripada insan yang lebih baik amalnya.

 

Perlu diperhatikan dalam Surah ini, Allah tidak mengatakan “Untuk menguji siapakah di antara kamu yang LEBIH BANYAK amalnya” tetapi menyebut “Siapakah di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya”

 

Syarat amal yang baik ada dua :

(1) Dilakukan dengan Ikhlas ;

(2) Mengikuti cara Nabi SAW.

 

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk mempunyai banyak kelebihan, fadhilat dan kebaikan yang tersendiri.

 

Ia juga dikenali sebagai surah keamanan dan keselamatan kerana surah ini akan menjadi sebagai pendinding dan penyelamat daripada seksaan kubur pada mereka yang mengamalkannya. 

 

Ini adalah berdasarkan Hadith yang menyatakan kelebihan berkenaan :

 

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.

 

Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam.

Maka jawab Baginda SAW, "surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur"

Amalan Rasulullah SAW

Sunnah yg sering dilupakan orang muslim sekarang iaitu membaca surah Al-Mulk. Banyak kelebihan yg dijanjikan Allah kpd orang yg mengamalkan bacaan surah Al-Quran sebelum masuk tidur. Rasulullah s.a.w sebelum baginda masuk tidur, baginda akan membaca 2 surah iaitu, Sajdah dan sureah Al-Mulk.

 

Telah menceritakan kepada kami Huraim bin Mis’ar At Tirmidzi telah menceritakan kepada kami Al Fadhl bin Iyadh dari Laits dari Abu Az Zubair dari Jabir bahwa 

“Tidaklah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as-Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (Surah al- Mulk)

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Kerana kelebihan inilah ramai yang ingin menghafalnya. Ramai yang ‘mengidam’ nak baca Surah Mulk dalam solat dengan yakin tak lupa & nak baca surah ni di bila-bila masa tanpa perlu merujuk Al-Quran.

 

Oleh kerana malu nak berguru, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Sebenarnya,  tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium. Banyak channel yang mengajar secara percuma.  Tapi, anda  perlulah melakukannya  dengan kaedah yang betul.  Baca  CARA BELAJAR MENGAJI SENDIRI DAN SETERUSNYA KHATAM QURAN DENGAN MUDAH

Jom Menghafal Surah Al-Mulk

 

Untuk konsisten dan istiqomah dalam mengamalkan bacaan surah Al Mulk  dan seterusnya menghafal surah ini memang tidak mudah, namun Anda boleh mencuba memulai mengamalkannya dengan cara berikut ini.

 

1) Dengar Ulangan Bacaan Setiap Malam

Untuk permulaan anda boleh mendengar video bacaan surah Al Mulk secara berulang kali sebelum tidur. Ini dapat membantu minda bawah sedar merakaman dan menyimpan memori ayat-ayat ini. Otak kita ni  akan mengingati perkara yang sentiasa diulang- ulang. 

 

Anda boleh pilih antara 2 video di bawah ini untuk membantu anda untuk menghafal dan mengamalkannya.

2) Pelajari Tafsir

Untuk dapat memotivasi diri kita agar dapat terus mengamalkan bacaan surah Al Mulk secara rutin, kita perlu  memahami makna bacaan surah Al Mulk agar kita dapat menjadi lebih khusyu dan mendalami hikmahnya. 

3) Belajar Hafazan Dengan Guru

Anda juga boleh join kelas hafazan online. Kelas ini akan mengajar teknik  supaya hafazan kita tu boleh kekal ingat.

 

Dengan belajar secara berguru, anda boleh terus membaca dan menghafal cara sebutan yang betul

 

 

Semoga dengan usaha kita untuk menghafal surah ini akan menjadi asbab hidup kita sentiasa dalam keberkatan, dipelihara dari azab kubur dan diberikan pengampunan oleh Allah dan seterusnya dikurniakan syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak. .

Insyaallah…Amiinnn.

Projek Wakaf Quran

Kedai Buku

Advertisement

Translate »
Jom Chat!