fbpx

Date

Tips Asas Kewangan Untuk Memulakan Bisnes Dari Rumah

Objektif utama memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kebanyakan perniagaan baharu gagal dalam tempoh 3 tahun pertama beroperasi disebabkan oleh faktor pengurusan kewangan dan pengurusan akaun atau simpan kira-kira yang yang lemah.

 

 

Walaupun hanya berniaga dari rumah, penting untuk kita belajar cara yang betul untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan kewangan perniagaan kita.

 

Berikut adalah tip asas kewangan yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan bisnes dari rumah

1. Mendaftar Perniagaan Dengan SSM

Sebelum memulakan sebarang perniagaan di malaysia, seseorang perlu mendaftarkan perniagaannya mengikut Akta Perniagaan 1956. Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM 50 ribu atau penjara maksimum 2 tahun.

 

Selain ia diwajibkan untuk semua yang ingin berniaga, ia juga penting bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada bisnes kita. Menjalankan bisnes secara online ini memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pelanggan dan peniaga. Jadi, dengan adanya nombor pendaftaran perniagaan, pelanggan lebih yakin dan rasa dilindungi untuk berurus niaga meskipun tidak pernah sekalipun berjumpa secara depan-depan dengan penjual.

 

Ingat, untuk memulakan bisnes langkah pertama yang anda perlu buat adalah mendaftar perniagaan anda!

2. Buka akaun perniagaan

Selepas mendaftar SSM, anda boleh terus mohon pembukaan akaun bank bisnes. Ia akan memudahkan anda merekod dari awal duit keluar masuk bisnes anda. Perniagaan anda juga akan nampak lebih professional walaupun hanya dari rumah.

 

Walaupun bisnes dari rumah sahaja , anda perlu belajar berdisiplin.  Asingkan awal-awal modal, gaji anda, upah pekerja sekiranya ada dan keuntungan. Setiap duit hasil perniagaan mestilah dimasukkan kedalam akaun tersebut, begitu juga dengan pembelian.

 

Anda boleh menggunakan akaun simpanan peribadi sekiranya masih tiada akaun bank untuk bisnes tetapi seboleh-bolehnya bukalah akaun bank untuk bisnes. Ini kerana transaksi menggunakan akaun peribadi ini lebih mudah disekat apabila terlalu banyak sangat duit masuk berbanding sekiranya anda menggunakan akaun bank syarikat.

3. Simpan Rekod Wang Keluar Masuk

Sediakan sekurang-kurangnya 1 file untuk menyimpan semua rekod wang keluar masuk. Semua rekod transaksi hendaklah dicatit  walaupun hanya dengan menggunakan buku  nota. Walaubagaimanapun menggunakan sistem online lebih baik dan  memudahkan

 

Anda harus membiasakan diri menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil. Dengan menyimpan rekod perniagaan secara konsisten, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan dan memudahkan anda untuk mengembangkan perniagaan di masa hadapan. Perkara yang perlu ada dalam dalam rekod perniagaan ini  adalah: 

 

1.Rekod Penyata Bulanan Bank

Penyata bulanan bank adalah dokumen terpenting dalam perniagaan. Dengan penyata ini, boleh dilihat kemampuan kewangan perniagaan anda. Bagi mereka yang hendak memohon kemudahan kewangan. Sama ada daripada bank atau mana-mana agensi, penyata ini adalah dokumen pertama yang akan disemak untuk menentukan samada syarikat anda layak atau tidak.

 

2. Transaksi jualan 

Duit jualan adalah duit yang anda terima daripada pelanggan. Rekodkan setiap transaksi jualan bagi setiap jualan. Pastikan setiap transaksi yang diterima direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank sekerap yang boleh. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun syarikat.

 

3. Belian & Perbelanjaan.

Kos belian adalah duit ‘Modal’ yang dikeluarkan untuk membeli barang-barang yang akan dijual. Rekodkan kesemua kos tersebut dengan lengkap. Contoh seperti tarikh, nama barang, kuantiti, harga, nama pembekal dan sebagainya. Pastikan anda menyimpan resit bagi kesemua transaksi yang dibuat. Jika pembekal tidak mengeluarkan resit, tulis sendiri resit itu. Gunakan online-banking untuk membayar bil, gaji pekerja dan pembekal supaya transaksi ini mudah dikesan semula dikemudian hari.

Tip Dari HomeBiz.My

Pernah tak anda alami masalah – masalah ini :-

> Tak tahu nak buat kira-kira untung rugi syarikat

> Tak tahu berapa jumlah sales anda setiap bulan

> Tak tahu nak buat report untuk  bisnes online anda.

> Tak pasti produk mana yang paling tinggi permintaan & sales.

>sekiranya ada ejen, anda keliru dengan jumlah sales anda dan ejen di bawah anda.

Jika ya, ini bermaksud anda perlukan satu software untuk urus bisnes. Software yang berfungsi  untuk hasilkan report dan analisis bisnes online anda.

Jangan salah sangka, anda tak perlu upah staff baru pun untuk buat report & analisi tersebut. Semuanya anda boleh buat sendiri. Mudah dan fleksibel. 

 

✨ Rekod Jualan & Belanja
✨  Pantau Untung Rugi 24/7
✨ Sistem Invois & Sebutharga
✨ Payment Gateway 
✨ Sistem Pengurusan Inventori
✨  Sistem Tuntut Hutang
✨ Data Disimpan Di Cloud

 

Dengan report & analisis yang betul, mudah anda urus bisnes anda. Anda boleh buat dan lihat sendiri prestasi untung rugi syarikat, analisis produk yang banyak permintaan dan ejen yang perform dengan hanya satu klik..

Berminat? 

Klik sini >> yezza.homebiz.my

perlukan panduan & pertanyaan untuk pendaftaran boleh klik >> yezza4homebiz

Kesimpulannya

Setiap peniaga perlu tahu asas kewangan untuk memastikan perniagaannya di landasan yang betul. Sebagai seorang peniaga, anda pasti ada impian untuk mengembangkan bisnes anda suatu hari nanti. Untuk mengembangkan bisnes, pasti perlukan modal yang agak tinggi.  Apabila anda ada akaun bank syarikat dan dokumen kewangan perniagaan yang disusun dengan kemas, pasti pihak bank juga akan lebih mudah untuk melayan permohonan pinjaman perniagaan anda.

 

Apabila bisnes anda sudah semakin maju, pasti anda perlu mengajikan pekerja untuk melicinkan operasi perniagaan. Dahulu anda bekerja sendiri dan membayar upah pekerja part time untuk membantu anda, akan sampai satu masa anda mungkin perlu mengambil beberapa orang pekerja sendiri untuk bantu uruskan perniagaan anda. Jika anda sudah awal-awal daftar SSM, lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerja kerana mereka yakin untuk berkhidmat dengan syarikat memandangkan bisnes anda kelihatan kukuh dan tersusun. Pembayaran gaji serta KWSP pekerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik.

 

Ingat! Walaupun bermula dari rumah, dengan usaha, kerja keras, dan mempunyai sistem bisnes yang teratur tak mustahil suatu hari nanti bisnes anda pasti akan maju dan berkembang.. 

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah