Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar, kos sara hidup semakin meningkat. Dari hari ke hari, semakin ramai yang mula mencari cara untuk jana pendapatan sampingan. Tidak cukup jika anda hanya bergantung dengan satu pendapatan di mana tidak lagi mampu menjamin keselesaan hidup. Tambahan lagi, dengan komitmen bulanan yang besar dan anda juga perlu menyara keluarga, memang tidak akan mencukupi. Jadi, mengapa anda perlu bersusah payah untuk melakukan banyak kerja sedangkan anda boleh bina bisnes sendiri? Boleh jana pendapatan yang lebih baik dengan bisnes kita sendiri?
Tapi bagaimana pula caranya mahu membina bisnes?
Jadi untuk artikel kali ini, tidak kira siapa pun anda, samada pelajar, surirumah, penganggur, sedang bekerja atau sesiapa sahaja asalkan anda mempunyai minat dan keinginan yang tinggi serta kemahuan untuk menjana pendapatan sampingan atau masa depan yang lebih baik, jom kami bantu anda bina bisnes.
Mana tahu dengan bisnes yang anda sedang bina sekarang akan menjadi pendapatan utama anda kelak.
Tetapi…!
Anda nak mulakan bisnes tetapi tiada modal? Tidak tahu cara? Tiada pengalaman?
Jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsikan 6 langkah-langkah mudah untuk memulakan bisnes online bermula dari ‘zero’.
Ayuh! Kami bantu anda.
Apakah Maksud Bisnes Online?
Perniagaan internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli.
Bila anda sudah mempunyai minat, komitmen yang tinggi untuk mempunyai bisnes sendiri, apa yang patut anda lakukan?
Kalau atau seandainya anda perlu bermula balik dari ‘zero’ atau hendak mula bisnes yang baru, ini yang patut anda lakukan!
Tahukah anda, cara yang paling mudah untuk mulakan bisnes adalah menggunakan platform online.
Tetapi… untuk bermula,
Apa yang anda perlu buat? Dan kenapa anda perlu pilih menggunakan pemasaran online ini?
Antara sebab-sebab utamanya adalah ianya murah dan yang paling penting anda sudah boleh bermula sekarang jika anda sudah ada idea dan tahu apa yang ingin anda jual.
Tetapi…!
Sebelum anda ingin memulakan bisnes, anda perlu faham dahulu proses pembelian yang berlaku secara online. Jom kita lihat di bawah,
Contoh mudah proses jual beli yang berlaku dalam internet :
Pembeli atau pengguna akan membuat carian produk atau servis yang diingini di platform internet. Selalunya mereka akan membuat carian di Google atau Facebook. Ini adalah tempat carian utama yang selalu digunakan di serata dunia. Oleh itu, jika kita hendak membuat bisnes, kita perlu fikir apakah produk atau servis yang orang selalu cari. Supaya kos marketing, kos iklan dan sebagainya tidak perlu dikeluarkan tetapi orang masih lagi jumpa bisnes kita. Apabila carian sudah dilakukan, akan keluar senarai nama produk atau servis yang disediakan oleh kedai-kedai online, pembeli atau pengguna akan memilih kedai yang mereka berminat dan akan menghubungi anda samada melalui panggilan, mesej atau whatsapp. Jika berminat, pembayaran akan dibuat dan resit pembayaran akan dihantar kepada anda sebagai bukti pembayaran.
Proses seterusnya pula adalah penyediaan barang yang telah dipersetujui dan penghantaran melalui pos. Apabila anda sudah faham proses pembelian di atas, lebih mudah untuk anda mulakan bisnes secara online.
Sekarang masa untuk jadikan bisnes kita ini wujud dalam pasaran online.
Cara untuk tarik perhatian pelanggan, anda perlu sediakan content, video, gambar, audio dan sebagainya untuk orang tengok. Lakukan apa sahaja untuk jadikan bisnes anda itu wujud. Di bawah kami akan terangkan,
6 langkah mudah memulakan bisnes online.
Langkah 1 :
Pilih dahulu produk atau servis yang anda hendak jual. Anda juga perlu ada kemahiran tertentu, perlu ada produk tertentu yang anda sendiri suka, produk yang mudah untuk anda dapatkan untuk dijual. Tetapi ingat, jangan jual produk yang anda tak tahu dan tak pernah guna juga tak pernah sekalipun supply. Agak bahaya dan memberi kesan kepada bisnes anda pada masa yang akan datang kerana tiada pengalaman.
Paling mudah cari produk yang anda biasa guna atau produk orang di sekeliling anda guna atau pun servis-servis mengikut kemahiran yang ada pada diri anda sendiri. Contoh paling mudah, servis masakan. Untuk mendapatkan produk yang ingin dijual anda boleh menjadi dropship atau agen. Kebanyakannya adalah secara percuma. Selain itu, anda juga boleh beli secara online seperti Alibaba, serta beli di kedai borong atau beli terus dari pemborong dan jual semula barangan tersebut secara online. Letakkan harga anda sendiri, sebelum itu pastikan dahulu anda sudah mengira semua kos seperti pembungkusan, penghantaran termasuk keuntungan yang anda akan peroleh sebelum harga mati diputuskan. Jika ada kemahiran, anda juga boleh membuat produk sendiri seperti jamu, pes makanan dan sebagainya atau anda upah orang lain untuk membuatnya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kilang OEM untuk membuat produk-produk anda. Kelebihan kilang OEM adalah ada sijil halal, GMP, dan lain-lain.
Tetapi….!
Untuk memulakan bisnes secara online, pilihan yang terbaik adalah memberikan servis perkhidmatan mengikut kemahiran yang sudah anda miliki. Kenapa ia adalah pilihan terbaik?
Servis perkhidmatan ini anda boleh gunakan kemahiran yang ada pada diri anda sendiri untuk menjalan servis tersebut. Ianya dapat menjimatkan banyak kos, modal yang dikeluarkan juga adalah rendah atau mungkin tiada langsung modal yang perlu anda keluarkan. Selain itu, kelebihan jika anda memilih bidang ini adalah, apabila ada permintaan, barulah anda sediakan pesanan yang diminta. Selalunya, pembeli akan membayar dahulu, jadi anda sudah mempunyai modal untuk menyiapkan pesanan mereka. Malah kualiti juga terkawal, tidak berlaku pembaziran atau lebihan barang kerana anda hanya perlu menyiapkan pesanan mengikut kuantiti yang telah diminta. Paling penting segalanya adalah mudah untuk diuruskan kerana dibawah kelolaan anda sendiri.
Langkah 2
Langkah kedua pula, anda perlu membuat kajian dan rujukan sesuatu produk yang ingin anda jual. Contoh seperti menjual pati jus buah-buahan.
Sebab apa anda perlu membuat kajian terlebih dahulu?
Supaya anda tahu, bagaimana cara yang terbaik untuk membina kedai online anda, apa yang perlu ada di dalam kedai online itu dan juga cara untuk menarik minat pelanggan untuk membeli di kedai online anda. Anda perlu buat carian produk atau servis tersebut dalam Facebook dan juga Google sebab ini adalah laman carian utama. Perhatikan Facebook page mereka, lihat semua yang terdapat di dalam page itu seperti gambar, video, audio dan sebagainya. Perhatikan juga website, kandungan, konten dan lihat cara mereka perkenalkan produk atau servis yang mereka berikan. Perhatikan dan ambil rujukan yang mana dapat anda praktikkan untuk membina kedai anda sendiri.
Langkah 3 :
Langkah seterusnya, apabila anda sudah membuat kajian dan rujukan di kedai-kedai online yang menjual produk sama seperti anda, dan anda sudah faham apa yang perlu anda lakukan, sekarang masa untuk anda bina kedai online anda sendiri.
Untuk membina kedai online, anda perlu mencipta nama kedai, logo, tagline yang akan anda gunakan untuk promosi kedai anda, untuk orang mengenali dan mengingati, dan juga imej korporat. Cipta satu nama yang unik dan mudah dieja, nama yang tiada siapa pun yang pernah guna adalah lebih baik, dan jika boleh cipta nama yang hanya menggunakan dua atau tiga suku kata sahaja. Contoh seperti Zalora. Seterusnya, bina Facebook page dan website. Tulis nama page yang berkait rapat dengan bisnes yang anda buat, supaya apabila orang buat carian, page anda akan terus naik. Di dalam page itu, masukkan konten seperti profile picture, poster iklan, gambar, video dan teks. Pastikan anda meletakkan profile picture betul, yang menunjukkan produk atau servis yang sedang anda buat. Lebih baik jika anda meletakkan logo bisnes di profile picture dan pastikan segala maklumat mengenai bisnes anda di Facebook page dan website adalah lengkap. Masukkan sekali SOP tempahan dan bayaran bisnes anda contoh seperti mesej di whatsapp, membuat pesanan dan pembayaran, seterusnya pesanan disiapkan dan dipos.
Langkah 4 :
Setelah anda selesai membina kedai online, langkah ke-empat pula adalah pasarkannya. Anda perlu jemput semua rakan-rakan di Facebook untuk like page anda. Penting di sini untuk anda menjaga hubungan yang baik dengan rakan-rakan untuk potensi bisnes anda lebih dikenali, sentiasa kekal aktif dan promosi bisnes percuma melalui rakan-rakan anda kepada rakan-rakan mereka yang lain pula. Selain itu, anda juga boleh menghantar pesanan ringkas melalui whatsapp ke seluruh rakan-rakan anda mengenai bisnes yang sedang anda lakukan sekarang. Contohnya seperti meminta mereka sentiasa support bisnes anda. Setiap minggu pastikan juga anda tidak lupa untuk share page bisnes di Facebook dua atau tiga kali supaya orang tahu yang anda masih lagi menjalankan bisnes itu.
Langkah 5 :
Langkah seterusnya pula adalah iklankan produk atau servis dan Facebook page tersebut di Google My business, pastikan anda daftar bisnes di Google My Business dahulu. Iklankan juga di Mudah.my, majalah.com, Facebook marketplace dan bina blog menggunakan blogger/blogspot. Semua medium ini adalah percuma, jangan sia-siakan peluang anda untuk dapatkan pelanggan. Letak segala maklumat mengenai bisnes anda seperti gambar, video dan sebagainya. Sangat rugi kalau anda tidak manfaatkan peluang yang sedia ada untuk perkenalkan lagi bisnes anda. Gunakan juga iklan berbayar seperti Facebook Ads. Buat satu iklan simple, mengandungi gambar atau video. Terangkan bisnes apa yang kita buat, buat bagi lengkap dan padat dengan segala maklumat mengenai produk atau servis yang anda tawarkan.
Kenapa pula perlu guna iklan berbayar?
Supaya anda mampu tarik pelanggan yang lebih ramai. Sasarkan pelanggan yang betul supaya duit iklan anda tidak melayang begitu sahaja dan kekalkan iklan yang bagus dan berpotensi sebagai billboard bisnes anda dalam pasaran online.
Langkah 6
Langkah terakhir adalah berikan tawaran yang terbaik untuk menarik minat pelanggan. Tawarkan servis percuma untuk bina kredibiliti, sediakan gambar testimoni sebagai bukti untuk tarik pelanggan baru. Antara tawaran yang boleh anda berikan adalah harga promosi pembukaan, tawaran khas untuk 10 orang pelanggan, atau tawarkan apa sahaja asalkan dapat menarik perhatian pelanggan. Pada peringkat awal, anda tidak memerlukan keuntungan lagi, apa yang anda mahu adalah untuk bina kepercayaan dahulu kepada orang ramai. Memadai jika anda hanya dapat untung sikit atau sudah boleh tampung kos yang telah anda keluarkan. Selepas anda sudah berjaya bina kepercayaan pelanggan, akan lebih mudah untuk anda dapatkan lebih ramai lagi pelanggan yang lain selepas ini. Bermula dari situ, keuntungan akan mulai terhasil.
Ini adalah 6 langkah mudah yang perlu anda buat apabila anda membina sebuah bisnes yang baru bermula dari ‘zero’.
Kesimpulan
Pada masa kini, dengan jaringan internet yang meluas, sesiapa sahaja sudah boleh mulakan bisnes sekarang secara online. Anda hanya perlukan internet, telefon, kemahuan, dan juga ilmu. Tak semua bisnes perlu keluarkan modal yang besar untuk bermula. Dengan langkah-langkah yang telah kami nyatakan dan kongsikan, gunakanlah ia sebagai manfaat dan juga satu rujukan untuk anda mula berbisnes. Selamat maju jaya!