
Dalam setiap perniagaan yang anda lakukan, pasti akan ada cabaran dan rintangan. Ini termasuklah cabaran dalam perniagaan yang dijalankan secara atas talian ataupun online. Walaupun bisnes secara online ini mempunyai banyak kelebihan, anda juga haruslah sedikit sebanyak tahu apakah cabaran yang menanti anda sekiranya anda ingin memulakan bisnes online.
1. Meraih kepercayaan pelanggan
Sukar buat peniaga untuk meraih kepercayaan pelanggan untuk membeli. Ini kerana terdapat pelanggan mempunyai tanggapan bahawa mereka akan ditipu peniaga sekiranya membeli melalui online.
Lebih-lebih lagi jika peniaga menggunakan gambar yang tidak jelas. Ini akan menyebabkan pelanggan hilang minat dengan barangan anda. Ini kerana di medium online, perkara pertama yang menjadi perhatian adalah gambar. Pelanggan yang melihat produk tidak dapat merasai, menghidu dan memegang produk berkenaan. Hanya menerusi gambar sahaja anda dapat menyampaikan maklumat produk terus ke hati pelanggan tersebut.
Oleh sebab inilah, sekiranya anda peniaga online anda wajib untuk mempunyai kemahiran mengambil gambar produk sendiri. Dengan kecanggihan teknologi telefon pintar dan pelbagai aplikasi apps boleh dimuat turun secara percuma, setiap dari anda kini boleh menggunakan telefon pintar masing-masing untuk mengambil gambar produk sendiri dan mendapatkan hasil yang berkualiti dan nampak profesional. Tak perlu lagi mengupah jurugambar, boleh ambil sendiri, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jimat Kos!
Nak join kelas fotografi online?
2. Melayan kerenah pelanggan
Sekiranya anda masih tiada bajet untuk mempunyai website atau blog sendiri, anda boleh mencuba sistem WhatsApp E-Commerce Yezza. . Untuk pengetahuan anda, sistem whatssapp E-commerce Yezza ni lebih kurang seperti Lazada dan Shoppe tapi guna whatssap sahaja. Anda hanya perlu kongsikan link kedai whatsapp anda itu di media sosial atau terus whatsapp kepada bakal pelanggan anda. Mereka boleh tengok semua barang yang anda jual dari link tersebut. Anda hanya tunggu saja notifikasi dari yezza sekiranya mereka ada membuat pembelian dan pembayaran. Tak perlu lagi stress nak melayan kerenah pelanggan!..
Sistem whatsapp E-Commerce ni memang memudahkan kerja anda sebab ia ada fungsi Bayar Online, Pengurusan Stok & Integrasi dengan rider & kurier. Nak set up pun senang je guna handphone pun boleh.
Nak cuba secara percuma selama 14hari?
Klik sini >> WhatsApp E-Commerce Yezza.
3. Menguruskan kewangan
Ini salah satu masalah yang akan timbul sekiranya peniaga menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan.
Mungkin secara tidak sengaja anda terpakai duit hasil jualan tersebut.
Tidak mengapa kuatkan semangat anda dan jangan putus asa. Jadi sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dari rumah, ada perlu ketahui dulu Tips Asas Kewangan Home Bisnes
Cari pelbagai ilmu dan belajar berkenaan cara meguruskan kewangan dan akaun syarikat.