fbpx
Cabaran Bisnes Online

ISU & CABARAN BISNES ONLINE

 
Dalam setiap perniagaan yang anda lakukan, pasti akan ada cabaran dan rintangan. Ini termasuklah cabaran dalam perniagaan yang dijalankan secara atas talian ataupun online. Walaupun bisnes secara online ini mempunyai banyak kelebihan, anda juga haruslah sedikit sebanyak tahu apakah cabaran yang menanti anda sekiranya anda ingin memulakan bisnes online.

1. Meraih kepercayaan pelanggan

Sukar buat peniaga untuk meraih kepercayaan pelanggan untuk membeli.

Ini kerana terdapat pelanggan mempunyai tanggapan bahawa mereka akan ditipu peniaga sekiranya membeli melalui online.

Lebih-lebih lagi jika peniaga menggunakan gambar yang tidak jelas. Ini akan menyebabkan pelanggan hilang minat dengan barangan anda.

 

2. Melayan kerenah pelanggan

 
Pelanggan mempunyai banyak ragam. Anda perlu banyak bersabar dengan melayan segala pertanyaan pelanggan.
 
Kadang-kala anda mungkin berdepan dengan situasi dimana ada pembeli yang ingin membeli dengan anda, tetapi tidak lama kemudian pembeli tersebut diam sahaja walaupun anda telah follow-up
 
Bertabahlah.
 

3. Menguruskan kewangan

 
Ini salah satu masalah yang akan timbul sekiranya peniaga menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan.
 
Mungkin secara tidak sengaja anda terpakai duit hasil jualan tersebut.
.
Ini adalah antara cabaran dan isu yang dihadapi oleh para peniaga online. Mungkin ada di antara anda mengalami masalah berlainan.
 
Tidak mengapa kuatkan semangat anda dan jangan putus asa.

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »