Tahukah anda, cara memulakan perniagaan sendiri yang mudah dari rumah adalah dengan menjual produk yang berkaitan dengan makanan. Antara contoh perniagaan makanan adalah perniagaan bakeri, kek dan kuih muih. Walaupun anda tidak mempunyai kemahiran atau tidak pandai memasak, anda juga boleh menjana income bersih ribuan ringgit sebulan hanya dengan duduk di rumah. Tidak perlu bersusah-payah membuka kedai, berpanas terik di bawah sinar mentari hanya untuk keluar mencari pelanggan atau keluarkan modal yang banyak untuk menyewa kedai.
Melalui artikel kali ini, kami akan kongsikan pengalaman seorang usahawan wanita yang telah berjaya membina empayar bisnes sendiri iaitu Puan Nik Roslin Nik Men. Beliau merupakan pengusaha bisnes bakeri sambilan dari rumah. Jom tonton video di bawah supaya anda juga boleh mendapat idea-idea dalam membuat rancangan perniagaan bakeri anda sendiri.
Jom Kenali Beliau & Belajar Cara Memulakan Perniagaan Makanan dan Bakeri
Berbekalkan minat dan keyakinan yang tinggi, walaupun tanpa mempunyai kemahiran dalam bidang kulinari dan pakar dalam bidang masakan, Puan Nik Roslin Nik Men mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada perniagaan produk makanan yang dilakukannya.
Beliau mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan pada tahun 2008 meskipun pada ketika itu beliau masih bekerja. Tahun 2008 hingga 2012 adalah tempoh waktu percubaan di mana beliau menjadi agen menjual pelbagai produk untuk mencari produk mana yang serasi dengan minatnya. Akhirnya dengan ilmu yang diperolehi dari menjadi ejen menjual produk orang lain dan mengambil pelbagai kursus bakeri online, pada tahun 2012, Puan Nik Roslin Nik Men mengorak langkah dengan menubuhkan perniagaan dengan menghasilkan sendiri dan menjual tart unik yang berbentuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apabila ditanya mengapa memilih untuk membuka perniagaan bakeri di rumah, Puan Nik Roslin Nik Men memberitahu terdapat pelbagai cara untuk mula berbisnes tetapi salah satu cara yang paling terbaik dan kos efektif adalah apabila kita mulakan di rumah sendiri. Kini telah pun terbukti, beliau telah pun berjaya membina empayar bisnes bakeri sendiri walaupun ianya hanya dilakukannya secara sambilan sahaja di rumah.
Ingin Tiruvasi Kejayaan Beliau & Bina Bisnes Bakeri Anda Sendiri?
*TIRUVASI = TIRU + INOVASI adalah gabungan tiru dan inovasi. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kegagalan sama ada kecil ataupun besar. Namun, kita boleh mengurangkan kesilapan kita dengan meniru tindakan orang yang telah berjaya.
Kenapa Memilih Untuk Memulakan Perniagaan Makanan?
Perniagaan makanan merupakan satu perniagaan yang sesuai untuk pemula (newbie). Ini kerana
1. Senang nak jual.
Orang Malaysia ni suka makan. Jadi, anda boleh jual je makanan fav orang Malaysia. Boleh juga cipta makanan yang unik dan menarik perhatian orang ramai. Lagi unik, lagi senang untuk viral. Tapi pastikan ia sedap. Promosikan je di FB atau group whatsapp.
2. Tak payah susah-susah buat copywriting power.
Tak perlu fikir apa manfaat atau kelebihan makanan tu. Tak perlu fikir keberkesanan lepas makan makanan tu. Hanya perlu pandai tangkap gambar supaya kelihatan menarik dan menyelerakan.
Nak belajar tangkap gambar makanan dengan smartphone? Klik sini
>> Kelas SmartPhone Fotografi Makanan
3. Guna peralatan sedia ada di rumah.
Dengan memulakan perniagaan makanan dari rumah, peralatan dan baranganan juga tidak banyak yang perlu dibeli. Cukup sekadar guna apa yang ada di rumah atau hanya membeli peralatan yang belum ada. Apabila perniagaan anda sudah semakin maju dan permintaan produk semakin tinggi, barulah keluarkan modal untuk membeli atau upgrade ke peralatan yang lebih baik.
Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Makanan Kalau Saya Tak Tahu Masak?
Kalau yang rajin dan pandai masak tu, memang satu kelebihan untuk anda…Tapi kalau tak tau masak pun, boleh je belajar. Mulakan dengan 1 jenis makanan je dulu.
Kepada yang masih buntu dan takde idea tu dan masih keliru dengan cara memulakan perniagaan sendiri, jangan risau. Pilih & klik je kelas biz masakan online di bawah untuk belajar pelbagai jenis menu menarik yang boleh dijadikan produk jualan anda.
Kenapa Memilih Untuk Memulakan Perniagaan Dari Rumah?
Antara sebab mengapa memilih untuk bermula dari rumah adalah kerana
1. Kos permulaan sangat rendah.
Banyak kos-kos yang dapat dijimatkan seperti kos sewa kedai, kos pengangkutan, kos penyelenggaraan kedai, dan pelbagai lagi kos-kos sampingan yang lain.
2. Mengurangkan risiko kerugian
Risiko juga adalah rendah kerana kita tidak perlu membuat sebarang loan untuk memulakan perniagaan.
3. Bina jenama dan follower di media sosial
Anda boleh mula menjual secara kecil-kecilan di media sosial sambil membina jenama, mengumpul follower dan belajar pelbagai kemahiran dalam menjalankan perniagaan ini secara santai dan mengikut keselesaan anda tanpa perlu terikat dengan komitmen masa dan kewangan.
Keistimewaan Perniagaan Bakeri
Permintaan produk bakeri pada masa kini adalah sangat tinggi. Tidak kira pada waktu bila pun, bakeri adalah produk yang sentiasa dicari orang setiap hari. Terutamanya apabila ada majlis keraian, hari jadi, mesyuarat, kenduri, atau pun majlis perayaan. Oleh itu, produk ini akan kekal relevan sepanjang zaman.
Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan oleh Puan Nik Roslin Nik Men untuk mulakan perniagaan bakeri ini,
1.Perkara yang paling penting sekali adalah ketika memilih produk yang ingin dijual. Cari dan pilih produk yang unik supaya apabila produk anda memasuki pasaran, pelanggan akan terus tertarik.
2. Pelbagaikan variasi produk dari segi pembungkusan, jenis, warna, rasa dan lain-lain.
3. Fokus kepada satu produk sahaja dan cuba buat kelainan.
4. Apabila sudah ada keyakinan, langkah seterusnya barulah daftar dengan SSM, ambil suntikan typhoid dan kursus makanan serta buka akaun semasa untuk mulakan bisnes dari rumah.
5. Anda juga perlu pastikan peralatan-peralatan untuk membuat produk adalah mencukupi, tidak rosak di mana akan menjejaskan hasil pengeluaran produk.
6. Pastikan juga harga yang ingin anda letakkan sudah dibuat pengiraan semua kos-kos yang terlibat seperti kos elektrik, air, kos bahan mentah, kos buruh, kos pembungkusan dan sebagainya. Semua ini perlu dipastikan betul pengiraannya supaya tidak berlaku kerugian kepada kita di kemudian hari. Pastikan harga yang kita letak itu, merangkumi sekali dengan keuntungan juga adil dimana tidak membebankan kedua-dua pihak.
7. Sentiasa letakkan diri dalam situasi sebagai penjual dan juga pembeli, untuk memastikan kualiti produk anda berada di tahap yang terbaik dan menepati citarasa pelanggan.
Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Makanan & Bakeri Dari Rumah
Puan Nik Roslin Nik Men juga turut berkongsi formula yang selalu digunakan oleh beliau iaitu 2M dan 3P. Tambahnya, formula ini adalah penting jika mahu mulakan bisnes.
1. 2M – ‘Masa’ dan ‘Minat’.
Sebelum memulakan apa-apa jenis perniagaan pun, pastikan dahulu anda memang mempunyai masa untuk mengendalikannya. Atur masa anda dengan bijak dan seimbang supaya anda tidak penat dan tergopoh-gapah melakukan semua perkara. Selain itu, minat juga adalah penting. Buat dan jual produk yang anda sendiri minat supaya anda tidak berasa terpaksa dan ikhlas membuatkannya untuk menjaga kualiti produk.
2. 3P – ‘Produk’, ‘Peralatan’ dan juga ‘Pemasaran’.
Manakala untuk 3P pula, beliau menyatakan semua orang yang ingin mulakan perniagaan sendiri perlu ada 3P iaitu ‘Produk’, ‘Peralatan’ dan juga ‘Pemasaran’.
Sepertimana yang telah diterangkan, produk yang anda pilih perlulah unik dan kreatif untuk mudah dipasarkan, peralatan juga penting, pastikan mencukupi dan boleh digunakan. Yang ketiga pemasaran, pasarkan produk kita menggunakan pelbagai platform seperti whatsapp, Facebook, blog, Instagram dan sebagainya.
Ingin Tiruvasi Kejayaan Beliau & Bina Bisnes Bakeri Anda Sendiri?
*TIRUVASI = TIRU + INOVASI adalah gabungan tiru dan inovasi. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kegagalan sama ada kecil ataupun besar. Namun, kita boleh mengurangkan kesilapan kita dengan meniru tindakan orang yang telah berjaya.
Kesimpulan
Perniagaan berasaskan kek, kuih muih dan bakeri dari rumah adalah cara memulakan perniagaan makanan yang terbaik bagi surirumah atau sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan. Selain menjimatkan modal untuk bermula, faedah lain yang dapat diperoleh ialah masa kita banyak dihabiskan di rumah, keperluan keluarga boleh diuruskan dan perkembangan anak-anak dapat dilihat dan dipantau. Potensi untuk perniagaan ini berjaya adalah sangat tinggi kerana permintaan produk berasaskan makanan ini juga sangat tinggi terutama ketika hujung minggu, apabila masuk musim perayaan dan cuti sekolah. Jadi, buatlah pilihan terbaik dalam membina empiyer perniagaan yang anda inginkan. Belajar cara memulakan perniagaan sendiri bermula hari ini juga.
Akhir kata, selamat maju jaya!
Ok.. Saya bersedia untuk bertindak!
Kalau anda sudah bersedia melangkah ke dunia bisnes makan.. Boleh la dapatkan E-book panduan atau kelas online langkah demi langkah berikut
3. Kursus-kursus Bisnes Makanan Online
Manalah tahu mungkin dengan langkah pertama beli E-Book dan belajar bisnes makanan ni, anda boleh buka restoran yang terkenal pulak nanti di masa depan. Fuuhhh..! Mesti besst.. InsyaAllah.
Selain itu, anda juga boleh melengkapkan diri dengan belajar pelbagai ilmu bisnes online seperti ilmu fotografi produk makanan dan juga belajar bagaimana untuk buat bisnes makanan secara delivery bagi mengembangkan lagi perniagaan anda.
Kami di HomeBiz.My akan doakan semoga impian anda jadi kenyataan.
Ingat! Segalanya boleh jadi kenyataan. Hanya perlukan 1 langkah pertama disusuli dengan usaha dan doa.
Eh… Sekejap..ada tambahan sikit..
Mahu mulakan bisnes dari rumah tapi tak minat nak bisnes berkaitan makanan & bakeri? Takde idea nak buat bisnes apa?
Jangan risau, klik je pautan di bawah untuk idea-idea home bisnes yang lain dan belajar cara memulakan perniagaan sendiri mengikut minat anda
Selepas anda membuat sebarang pembelian produk menggunakan link di Website ini, jangan lupa hubungi Admin HomeBiz.My semula tau!
Untuk info, semua Pembelian E-Book dan Kursus Bisnes Online melalui link dari website HomeBiz.My ini akan layak mendapat promosi bisnes percuma dari kami. Ini adalah sebagai tanda sokongan untuk anda memulakan bisnes anda dari rumah.
Andaikata kalau berminat untuk ada kedai online, kami ada pakej istimewa untuk anda! Sistem E-commerce di Whatsapp lengkap dengan pembayaran online dan integrasi courier. Anda tak perlu lagi layan customer 24jam..Tau-tau order masuk je..
Klik sini >> Bina Kedai Online DI WhatsApp
Sekiranya anda mahu belajar menghasilkan website anda sendiri jom layari
Kalau masih keliru dan perlukan bantuan lanjut tekan saja butang whatsapp yang ada di sebelah kanan ini.. >>>