fbpx

Date

Teknik SEO – Kelebihannya Untuk Peniaga Online

teknik seo

Antara kaedah untuk kembangkan dan perkenalkan perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda adalah melalui pemasaran digital. Dalam pemasaran digital ini, salah satu teknik yang perlu anda tahu adalah berkaitan SEO. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan mengenai kelebihan teknik SEO ini untuk peniaga online

Apakah Teknik SEO?

SEO merupakan singkatan bagi Search Engine Optimization. SEO adalah proses atau teknik mendapatkan organik trafik secara percuma yang tinggi di halaman utama hasil carian Google. Ini kerana, sekiranya artikel atau website anda dipaparkan di halaman pertama atau kedua google, potensi untuk mendapatkan trafik percuma dari google adalah tinggi. Matlamat utama teknik SEO adalah untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi dan lebih baik bagi sesebuah website ataupun sesuatu artikel di blog.

 

Dengan mempunyai website atau blog, anda boleh menggunakan sepenuhnya fungsi dan teknik SEO untuk bisnes anda dalam mendapatkan trafik percuma dari google. Ini boleh dibuat melalui artikel dan kontent yang anda buat di website anda. Dengan mempunyai website sendiri dan kelebihan SEO, anda tidak perlu lagi bergantung pada pengiklanan di media sosial. Bisnes anda juga boleh kekal lama di internet selagi mana anda sentiasa membayar dan memperbaharui sewa hosting & domain anda untuk website anda

Adakah Teknik SEO Penting Untuk Bisnes?

Untuk berada dalam keadaan kukuh, stabil dan juga kekal relevan dalam bidang bisnes yang anda pilih, pemasaran melalui SEO sangat penting.  Sekiranya anda mahu bisnes anda boleh ditemui di google, maka anda perlu mempunyai website atau blog kerana, dengan platform ini, info bisnes anda  mudah diindeks oleh Google. Inilah sebabnya mengapa peniaga yang ingin menjalankan perniagaan online digalakkan mempunyai website sendiri. Dengan mempunyai website anda boleh menghasilkan banyak artikel berkenaan perniagaan anda yang mana setiap artikel tersebut boleh mengoptimasikan teknik seo dengan pelbagai kata kunci yang berkaitan dengan bisnes anda. 

 

Selain itu, dengan menggunakan teknik SEO ini, website atau artikel anda akan berada di kedudukan paling teratas di halaman carian Google di mana akan meningkatkan lagi jualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda.

 

Untuk berada di ‘ranking’ teratas halaman Google, pastikan penggunaan dan pemilihan kata kunci yang tepat dan bersesuaian perlu digunakan bagi memudahkan para pengguna membuat carian di Google dan sekaligus menjadikan trafik ke website anda adalah tinggi.

Apakah Kelebihan Teknik SEO Untuk Bisnes Anda?

Antara kebaikan SEO adalah seperti berikut :

1. Untuk Memastikan Bisnes Anda Wujud Di Platform Internet.

Teknik SEO  menggunakan website dan artikel bukan sekadar untuk menghasilkan trafik percuma sahaja,  ia juga sebagai rekod kewujudan perniagaan anda di internet. Selagi mana website dan artikel anda ada dan tidak dipadamkan, selagi itulah info perniagaan dan status perniagaan anda akan kekal secara online.

 

2. Boleh Bersaing Dengan Syarikat Besar.

Melalui SEO, persaingan dengan syarikat besar menjadi lebih mudah. Anda boleh membina Jenama Perniagaan anda sendiri dengan mudah.  Pastikan anda sentiasa menjaga kualiti produk dan perkhidmatan anda supaya anda sentiasa mendapat feedback yang baik dari pelanggan dan tidak diviralkan dengan isu-isu yang boleh menjatuhkan imej dan nama baik perniagaan anda.

 

3. Penjimatan dalam kos-kos pemasaran.

Malah, melalui SEO anda tidak perlu keluarkan modal untuk pengiklanan kerana ianya adalah secara percuma dan akan berkembang dengan masa. Walaubagaimanapun, teknik ini memerlukan masa untuk menjadi matang. Jadi anda perlu bersabar sekiranya ingin menggunakan teknik percuma ini. 

 

4. Meningkatkan Reputasi Dan Kepercayaan Orang Ramai Kepada Perniagaan Anda.

Carian yang tinggi di website akan meninggalkan persepsi yang baik kepada orang ramai . Hal ini secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada jenama produk anda untuk lebih dikenali dan dipercayai.

 

5. Pemasaran Dan Pengiklanan Tanpa Henti 24 Jam Setiap Hari

Melalui SEO, anda tidak perlu lagi runsing untuk keluar dan berpenat lelah memasarkan produk jualan anda kepada umum. SEO akan mengiklankan dan memasarkan produk anda secara 24 jam. Paling menarik, seluruh dunia juga boleh melihat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

6. Boleh Menjana Pendapatan Sampingan.

Selain itu anda juga dapat menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate, advertorial dan juga lain.lain lagi.

.

Bagaimana cara untuk bisnes anda kekal di tangga teratas halaman Google?

Strategi dan peraturan SEO sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa. SEO juga merupakan sebuah proses yang sangat dinamik. Jika sekarang website atau artikel anda berada di kedudukan pertama, akan ada persaingan dari website-website lain untuk berada di kedudukan anda pula.

 

Oleh itu pilihan yang anda ada adalah dengan sentiasa melibatkan diri, membentuk, merombak dan menambah nilai artikel website anda bagi mengekalkan kedudukan itu. 

 

Kesimpulan

Menggunakan teknik atau kaedah dan strategi pemasaran yang betul, akan memberi impak yang sangat berkesan kepada bisnes anda dari pelbagai sudut. Tambahan lagi, jika anda menggunakan kaedah pemasaran digital melalui SEO.

 

Malah dalam masa yang sama, anda juga boleh jana pendapatan sampingan. SEO juga merupakan medan utama pemasaran digital yang sangat terkenal di seluruh dunia bagi mengembangkan lagi pasaran iklan produk jualan atau servis perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Semoga dengan sedikit info mengenai SEO ini, ianya akan dapat memberi manfaat kepada anda dan juga untuk organisasi perniagaan yang sedang anda miliki.

Tawaran Beriklan Di HomeBiz

Sekiranya anda tidak mempunyai website atau blog, anda boleh mencari website yang memberikan pakej pengiklanan advertorial iaitu sebuah artikel dalam bentuk pengiklanan yang bagus supaya anda boleh menggunakan kelebihan SEO untuk mempromosikan bisnes anda  dan menarik minat bakal pelanggan yang berkualiti melalui  Google

 

Jom beriklan advertorial bersama kami. Lebih istimewanya lagi, iklan advertorial kami ini turut menggunakan kelebihan SEO (Search Engine Optimization) untuk menghubungkan anda dengan pelanggan yang tepat yang membuat pencarian melalui  Google. 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah.👇😊

🔗 Join Channel Telegram : t.me/HomeBizOnline

Mahu mempromosikan Home Bisnes anda bersama kami dan menggunakan sepenuhnya Kelebihan SEO untuk mendapat pelanggan dari GOOGLE? 

Hubungi Kami Sekarang! 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Klik Untuk Bantuan
Home Biz Planner
Mahu Dapatkannya Secara Percuma?

Isikan Maklumat Berikut..

Mahu EBook Panduan Memulakan Bisnes Dari Rumah + Biz Planner 2023?

Isikan Maklumat Berikut..

Sertai kami sekarang 😊💕

Perkongsian Idea, Quote Motivasi , Info Kelas-kelas online, Tips, Strategi & Peluang Pemasaran untuk bantu anda menjalankan Bisnes Online dari rumah