Ingin Belajar Online Home Business?

Assalammualaikum & Salam Perkenalan

Saya Azmawati Zohri @ Adjemz, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBiz.My

 

Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan online home business sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com. Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

Salam Perkenalan

Saya Azmawati Zohri @ Adjemz, pemilik syarikat Adjem’s Creative dan pengasas HomeBiz.My

Saya merupakan Ibu kepada 4 orang cahayamata. Mempunyai jawatan tetap sebagai Household Managing Director sambil menjalankan bisnes online sejak dari tahun 2006 lagi sebagai pengasas MySabun.Com.

Saya mengajar dan membekal bahan mentah untuk buat sabun cenderahati dan sabun kecantikan homemade. Anda boleh lihat pelbagai koleksi majalah dan sedutan rancangan TV yang telah memaparkan berkenaan kisah saya dan bisnes sabun saya di sini

Dari Hobi Menjadi Bisnes

Secara peribadi, saya sendiri telah berjaya membuktikan yang bisnes berasaskan hobi  ini berpotensi menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun hanya dari rumah dan berbekalkan dengan modal yang kecil sahaja. Yang penting adalah minat, usaha dan sentiasa belajar pelbagai ilmu baru untuk majukan diri sendiri.

Walaupun bisnes saya berkaitan dengan produk sabun dan kraf, minat sebenar saya adalah merekabentuk & pembangunan laman web. Saya membangunkan sendiri laman web bisnes saya dan saya jadikannya  sebagai tapak utk asah skill saya dalam website design.

Dengan adanya website, saya mampu beroperasi 100% secara online dan hanya berjumpa pelanggan berdasarkan temujanji sahaja dan tidak menerima walk in customer.

Kini, misi utama saya adalah untuk membantu anda

Saya berhasrat untuk menyediakan satu solusi untuk anda mencari dan berkongsi maklumat dalam talian berkaitan bidang pendidikan, ilmu alquran, home bisnes & DIY. Kami menggunakan sepenuhnya pendapatan iklan untuk membayar penulis bagi memastikan semua kandungan yang anda baca percuma & memberi manfaat. Jadi sokonglah usaha kami ini dengan melayari website, berkongsi artikel, atau klik link affiliate kami. Sebarang kerjasama yang memberi kebaikan kepada pembaca kami amat dialu-alukan  dan didahului dengan ucapan terima kasih 💕

Projek Terkini Adjemz..

Bersandarkan kepada pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia bisnes online dan membangunkan laman web, kini saya  ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anda memulakan, menguruskan dan menjalankan online home business.  Kini saya sedang membangunkan beberapa website seperti di bawah..
 

Sekiranya anda masih mencari peluang bisnes dari rumah, mulakan di sini…

Anda boleh pilih dan belajar pelbagai ilmu bisnes, kemahiran, panduan langkah demi langkah untuk setup bisnes online anda sendiri. Pilih sahaja mana yang bersesuaian dengan minat,  kebolehan dan bajet anda di sini. Koleksi akan ditambah dari masa ke semasa.

Jadi jangan lupa untuk bookmark website ini.

Di platform ini anda boleh mencari dan berkongsi maklumat berkaitan pelbagai bidang pendidikan, bisnes,  dan ilmu pengetahuan dalam talian.

Ia juga menyediakan ruang dan peluang kepada anda untuk berkongsi manfaat  sambil mempromosikan produk, perkhidmatan dan kemahiran anda  secara online dan menggunakan sepenuhnya kelebihan SEO.

 

Anda juga boleh belajar cara-cara untuk membuat website secara online. 

Dengan mempunyai website sendiri, anda boleh menggunakan sepenuhnya pemasaran digital seperti SEO untuk perniagaan anda.

Website ini masih dalam pembinaan dan penambahbaikkan….

Harap Bersabar!.✌😉

Sekiranya Anda Serius Nak Buat Bisnes Online

Baca lagi...

Kelebihan Mempunyai Website Untuk Home Bisnes

Atas beberapa sebab kesihatan dan keluarga, saya terpaksa “bersara seketika” dari dunia bisnes online. Hampir 3 tahun saya tidak lagi mengajar, tiada sebarang promosi atau update yang saya buat di website atau di sosial media untuk produk sabun saya. Alhamdulillah, dalam tempoh ini masih ada customer baru yg call dan ada yang terus membuat pembelian di website.
Mereka jumpa maklumat perniagaan saya setelah membuat pencarian melalui google. Inilah kelebihan SEO (Search Engine Optimization)

Klik sini untuk baca

>> APA ITU SEO ?

>> Kelebihan Teknik SEO Untuk Peniaga Online

Oleh kerana saya beroperasi menggunakan website sendiri, saya dapat tanam keyword penting untuk memudahkan enjin pencarian google mencari website saya.  Secara teknikalnya,  saya masih lagi wujud di alam internet sebagai penjual produk sabun sehingga ke hari ini, walaupun hakikatnya saya telah bertukar kerjaya kepada yang lain.Kerana inilah, saya  mula nampak kelebihan website untuk peniaga online. Ia bukan sekadar sebagai kedai online sahaja, ia juga sebagai rekod kewujudan perniagaan kita di internet. Selagi mana Website kita ada, selagi itulah info perniagaan dan status perniagaan kita akan kekal. Orang tetap akan mencari kita.

Tawaran Beriklan Di HomeBiz.My

Sekiranya anda tidak mempunyai website atau blog, anda boleh mencari website yang memberikan pakej pengiklanan advertorial iaitu sebuah artikel dalam bentuk pengiklanan yang bagus supaya anda boleh menggunakan kelebihan SEO untuk mempromosikan bisnes anda  dan menarik minat bakal pelanggan yang berkualiti melalui  Google

Baca Lagi Kelebihan Pengiklanan Advertorial Untuk Pemilik Home Bisnes

 

Jom beriklan advertorial bersama kami. Lebih istimewanya lagi, iklan advertorial kami ini turut menggunakan kelebihan SEO (Search Engine Optimization) untuk menghubungkan anda dengan pelanggan yang tepat yang membuat pencarian melalui  Google. 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Jadi, Onlinekan Perniagaan Anda Sekarang!

Berdasarkan pengalaman saya, apa yang boleh saya simpulkan ialah, memiliki website sendiri adalah penting untuk semua peniaga dan pemilik bisnes.

 
 

 

Dengan mempunyai website e-commerce pula, anda  boleh automasikan bisnes anda dengan mudah! Anda tidak perlu lagi melayan pelanggan dan cerita berkenaan produk  secara berulang-ulang. Anda hanya berikan link website, pelanggan tersebut boleh baca setiap detail info dari A-Z berkenaan diri dan produk anda. Tau-tau order masuk je..

Klik sini >> Bina Kedai Online DI WhatsApp

 

Mahu Sistem E-Commerce Guna WhatsApp?

Berita baik untuk pemilik home bisnes yang ingin mengembangkan bisnes secara online dengan kos yang paling minium. 

Klik Sini

Media Archives

Klik pada setiap gambar untuk lihat kandungan.