Kelebihan Iklan Advertorial Untuk Pemilik Home Bisnes

Kami pasti anda tahu apa itu ‘Advertisement’ atau ‘Iklan’. Tapi, tahukah anda apa itu Iklan Advertorial? 

Untuk bertahan dan maju dalam dunia bisnes online dari rumah, suka ataupun tidak anda perlu mempunyai ilmu dalam bidang pengiklanan online dan pengiklanan advertorial ini adalah salah satu daripadanya. 

iklan advertorial

Apa itu Iklan Advertorial?

Bagi anda yang masih belum biasa atau mungkin tidak pernah tahu apa itu pengiklanan advertorial, ia adalah iklan yang dipaparkan dalam bentuk editorial atau penulisan artikel. Istilah “advertorial” sendiri merupakan gabungan antara perkataan “advertisement” dan “editorial.”  

Contoh iklan advertorial di majalah yang mempromosikan produk pembersih dapur

Sebenarnya pengiklanan advertorial ni bukannya perkara baru. Ia sudah lama dipraktikkan terutamanya di surat khabar, majalah dan risalah sebagai salah satu cara mempromosikan produk dalam bentuk bacaan. Lazimnya, ia dipaparkan di ruangan ataupun segmen khas berbayar. 

Pengiklanan Advertorial Online

Secara teknikal, pengiklanan advertorial online sama seperti iklan advertorial yang menggunakan surat khabar dan majalah. Pengiklanan advertorial online  mengiklankan sesuatu produk atau perniagaan dalam bentuk penulisan yang juga disebut sebagai ‘content ’. Ia disajikan dalam bentuk produk review, pengkongsian manfaat, tutorial, Q&A dan sebagainya. 

 

Content dalam bentuk advertorial ini boleh ditulis lebih panjang dan terperinci daripada pengiklanan menggunakan iklan “site banner” yang hanya memaparkan gambar dalam saiz tertentu atau ayat jualan yang terhad. Anda juga boleh memasukkan banyak gambar dan video untuk  membantu pembaca untuk memahami produk anda dengan lebih baik. Ia sebenarnya merupakan satu cara yang berkesan untuk  menarik minat  pembaca terhadap produk yang anda tawarkan secara online. 

Pengiklanan Advertorial Online Menggunakan Kelebihan SEO

Tanpa Google, bisnes anda mungkin tidak dapat ditemui secara online. Sekiranya anda mahu bisnes anda boleh ditemui di google, maka anda perlu mengiklankan bisnes anda di laman web atau blog supaya mudah diindeks oleh Google. Untuk itu, pengiklanan advertorial adalah pilihan pengiklanan yang terbaik kerana ia boleh ditulis dengan teknik mesra Engine Pencarian (Search Engine Optimization -SEO) dan  dengan keywords atau kata kunci yang sesuai dengan jenis bisnes anda. SEO juga dapat memberikan hasil yang berterusan dan sentiasa meningkat dengan waktu.

Klik sini untuk baca lagi berkenaan SEO >> 

Apa Itu SEO

Kelebihan Teknik SEO Untuk Peniaga Online

Untuk pengetahuan anda, iklan advertorial tidak sama seperti iklan berbayar biasa seperti ‘banner’ dan ‘pop-up’. Jika iklan biasa, ia mengiklankan kepada pengunjung sesuatu website secara  rawak walaupun mereka tidak melakukan apa-apa pencarian. Cara ini boleh menjadikan pengunjung tersebut lali (immune) dengan paparan iklan dan tidak berminat untuk melihat secara teliti iklan  anda. 

 

Tetapi lain pula halnya dengan pengiklanan advertorial yang mesra SEO. Ia hanya akan berfungsi jika pengunjung tersebut membuat carian menggunakan engine pencarian seperti google dengan niat untuk mendapatkan info. Maksudnya disini, peluang untuk mendapat pelanggan yang tepat juga akan semakin tinggi jika dibandingkan dengan pengiklanan yang tidak menggunakan SEO. 

advertorial

Kelebihan Iklan Advertorial Untuk Pemilik Home Bisnes

Kelebihan 1 - Lebih Murah

Berbeza dengan pengiklanan konvensional contohnya, televisyen, surat khabar, atau radio. Biasanya untuk muncul di iklan konvensional ini, anda perlu membayar setiap hari atau setiap slot mengikut masa siaran yang ditempah untuk menyiarkan iklan tersebut.  Contohnya untuk muncul sebagai iklan TV dengan tempoh 15 saat dengan jumlah disiarkan sebanyak 50 kali sehari, anda perlu membayar mengikut kadar iklan yang telah ditetapkan. Tidak kira berapa ramai orang yang melihat iklan itu, anda tetap perlu membayarnya.

Berita baik untuk anda, jika dibuat perbandingan kebiasaannya kos iklan advertorial jauh lebih murah berbanding iklan konvensional.

Anda juga dapat beriklan dengan PERCUMA! Bagaimana caranya? Klik Sini >> Advertorial Percuma

 

 

Kelebihan 2 - Lebih Mesra Pengguna

Pelanggan tidak suka peniaga yang terlalu direct selling atau hard sell. Iklan dalam bentuk ‘pop up’ dan ‘banner’ itu adakalanya terlalu menjengkelkan dan seakan mengganggu. Berlainan dengan pengiklanan advertorial yang lebih santai dan menyentuh emosi pembaca. Ia banyak menggunakan pendekatan soft selling. Pendekatan soft selling dalam iklan advertorial itu sangat penting kerana jika ia mengandungi maklumat yang berguna, pembaca tidak berasa kecewa walaupun mendapati ia adalah sebuah iklan.

Kelebihan 3 - Artikel untuk Iklan Advertorial Ditulis Dengan Pendekatan Mendidik

Artikel advertorial ditulis dengan pendekatan untuk mendidik pembaca mengenai sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Oleh kerana pelanggan tidak dapat melihat produk dan peniaga, jadi mereka bergantung sepenuhnya kepada penerangan yang diberi oleh peniaga.  Iklan advertorial boleh ditulis dengan lebih terperinci daripada pengiklanan konvensional. Oleh itu, ia dapat membantu pengguna memahami produk dengan lebih baik dan membantu orang ramai untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mereka membuat sebarang keputusan yang muktamad untuk membeli.

Kelebihan 4 - Sebagai Personal Branding

Jual beli secara online banyak melibatkan ‘Element Of Trust’. Oleh kerana ramai penjual produk yang sama, pelanggan akan mencari peniaga yang boleh mereka percayai. Mereka akan lebih selesa untuk berurus niaga dengan peniaga yang dapat memberi manfaat dalam ‘membantu’ menyelesaikan masalah mereka berbanding peniaga yang hanya tahu nak menjual semata-mata.  Dengan pengiklanan advertorial anda boleh berkongsi info yang dapat memberi panduan  yang bermanfaat kepada orang ramai. Dengan cara ini juga dapat membantu meningkatkan personal branding dan kredibiliti anda di mata bakal pelanggan anda. 

Kelebihan 5 - Mudah Di Kongsikan

Dengan advertorial, cara penyampaian mesej mampu dicapai dengan mudah. Ini kerana dengan hanya satu klik, pembaca akan mempunyai akses kepada maklumat tentang apa yang ditawarkan.  Kadar penyebaran dan hebahan iklan anda juga dapat dilakukan segera dan meluas kerana ia dapat dikongsikan dengan cepat di laman media sosial. Jadi jangan teragak-agak untuk menggunakan kempen pengiklanan advertorial untuk mencapai matlamat jualan anda.

Kelebihan 6 - Boleh Menggunakan Google Ads Untuk Promosi

Sekiranya artikel iklan anda memerlukan lebih banyak pendedahan kepada pengunjung di google, anda boleh juga menggunakan perkhidmatan Google Ads. Ia perkhidmatan berbayar agar artikel advertorial anda dapat muncul di laman pertama Google mengikut kata kunci yang anda dipilih. Ini adalah satu cara yang terbaik bagi perniagaan baru untuk mendapatkan lebih pendedahan dengan kadar yang cepat di internet. Artikel anda akan muncul di kedudukan yang strategik di laman pertama pencarian google dan berpotensi untuk menarik trafik yang tinggi untuk membacanya.

Tawaran Iklan Advertorial Di HomeBiz

Tak pandai nak buat content iklan advertorial sendiri? Tidak ada pengalaman dan pengetahuan mendalam berkaitan iklan advertorial? Tak tahu bagaimana nak cipta sebuah iklan advertorial yang bagus hingga boleh mendapatkan bakal pelanggan yang berkualiti?

 

Jangan susah hati, anda boleh dapatkan iklan advertorial bersama kami. Lebih istimewanya lagi, iklan advertorial kami ini turut menggunakan kelebihan SEO (Search Engine Optimization) untuk menghubungkan anda dengan pelanggan yang tepat yang membuat pencarian melalui  Google. 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.